Sambungan 7 Strategi untuk desain pembungkusan yang berkesan.
Baca Strategi yang lama, klik SINI.
5. Unsur Kejutan
Manusia suka akan memori. Memori terindah. Memori bahagia. Memori yang positif ini memberikan suatu pengalaman yang berharga untuk diingati.
Bagaimana untuk diaplikasikan dalam pembungkusan?
Packaging designer boleh memberikan unsur kejutan dalam penghasilan sesuatu pembungkusan kepada para pembeli. Contoh mudah ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Apa yang selalu difikirkan oleh para pengguna ketika melihat pembungkusan produk pada rak-rak di supermarket? Mengapa memilih jalan selamat adalah selalunya strategi yang tidak berkesan untuk menarik minat mereka membeli produk anda.
Gambar daripada http://chexfoods.com/merchandising/
Persekitaran runcit adalah seperti medan peperangan yang mana pelbagai jenama bersaing untuk mendapatkan perhatian para pengguna. Pembungkusan produk anda hanya mempunyai tempoh masa selama 2 saat untuk para pengguna jatuh hati, seterusnya menyebabkan mereka membelek untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Pembungkusan yang GAGAL dalam ujian 2 saat ini menyebabkan pengguna beralih arah kepada jenama pembungkusan yang telah mengaplikasikan 7 strategi berkuasa ini. Apakah 7 STRATEGI ini? Baca untuk tahu lebih lanjut.
Gambar ihsan Pressfoto / Freepik
PENGENALANMereka adalah pengguna kumpulan umur yang paling pesat berkembang di seluruh dunia. Mereka mempunyai pendapatan yang tinggi, dan kuasa beli yang semakin tinggi. Kumpulan ini mementingkan kualiti serta lebih 'setia' terhadap jenama yang mereka percayai.
Merekalah senior, kumpulan yang berumur 60 tahun dan ke atas (di Malaysia mungkin kumpulan umur 50 tahun sehingga 60 tahun boleh diambil kira). Golongan senior memiliki perspektif kehidupan yang sangat berbeza berbanding dengan golongan muda. Lebih menarik, mereka mempunyai masa yang banyak. Wang juga banyak untuk dibelanjakan pada produk yang disukai!
Dalam persekitran perniagaan yang semakin kompetitif pada hari ini, pembungkusan produk adalah sesuatu yang penting sebagaimana produk itu sendiri. Selain visual pembungkusan yang menarik, reka bentuk pembungkusan perlulah praktikal, kesesuaian dalam penggunaan dan seterusnya mampu menjadi 'jurujual' secara senyap untuk menarik minat pengguna berbanding produk pesaing. Catatan kali ini memperlihatkan 7 reka bentuk pembungkusan yang unik dan boleh menjadi inspirasi untuk produk anda.
Jom baca catatan di bawah.
Jom baca catatan di bawah.
1. Just Laid Eggs
Melalui jenama penceritaan ataupun brand story, sesuatu perniagaan akan kelihatan lebih asli, lebih berkaitan dan turut disukai ramai. Penceritaan menghubungkan pengguna dan jenama dengan lebih mendalam dan penuh makna secara tidak langsung memberi suatu kesan emosi positif kepada mereka.
Walau bagaimanapun, banyak klien yang saya temui tidak mengambil kisah akan kuasa penceritaan kepada pengguna, maka penceritaan yang dibuat sekadar memenuhi maklumat pada pembungkusan dan pelabelan mereka.
Ingatlah, setiap sesuatu mempunyai satu cerita untuk diberitahu. Cuma mungkin anda tidak menyedarinya atau tidak mengetahui cara untuk menterjemahkannya ke dalam satu tulisan.
"Ada brand story?"
"Apa itu? Jika tiada boleh? Malas nak buat"
Ini adalah antara perbualan biasa antara usahawan dengan saya yang ingin membuat packaging design. Selalu mengelak untuk membuat brand story pada label atau pun pembungkusan mereka.
Apa itu BRAND STORY?

Gambar daripada Linkedin Gemma Huckle
Dalam bahasa mudah, brand story boleh disimpulkan sebagai penceritaan mengenai penjenamaan produk yang anda lakukan. Tujuan? Untuk mencipta kesetiaan dan kepercayaan pelanggan kepada produk anda.
Antara isu yang dihadapi oleh seorang freelance designer adalah bagaimana mereka mahu mencari pasaran dalam industri desain.
KAJIAN KES: Diri Sendiri
Saya memulakan pekerjaan packaging designer secara freelance bermula pada Jun 2015. Sebelum memulakan bidang ini, saya menggunapakai konsep positioning dalam mencari pasaran di Malaysia.
Kaedah POSITIONING - Bagaimana? Apa itu?
Dalam bahasa mudah, positioning adalah bagaimana anda menonjolkan kehebatan dan keunikan yang terdapat pada anda seterusnya membolehkan anda menguasai pasaran dengan lebih mudah dan cepat.

Hey, check out this Primer lesson I just did (mobile-only link): https://www.yourprimer.com/app/en/lesson/naming/
Proses yang Terlibat
Bicara kali ini memberitahu bagaimana proses untuk printing sesuatu plastik packaging dan berapa lama masa yang akan diambil bagi memberi persediaan kepada para usahawan merancang jadual mereka.1. Penyediaan Silinder
Silinder merupakan blok warna untuk packaging yang akan dibuat. Jika terdapat 5 warna, maka 5 blok silinder yang akan diperlukan.Jangka masa: 1 MINGGU
Contoh silinder.
Berikut merupakan jenis-jenis packaging plastik yang ditawarkan oleh pihak kami.
1. Roll Form. Contoh seperti sachet untuk produk kopi.
2. 3 Side Seal. Contoh seperti INI.
3. 3 Side Seal Zipper.
4. Centre Seal. Contoh seperti produk snek Twisties.
5. Centre Seal with gusset.
5. Stand up Pouch. Contoh seperti INI.
6. Stand up Pouch dengan Zipper.
7. 4 Side Seal.

LOGO SUDAH DIJUAL
Logo ini asalnya didesain untuk satu pertandingan. Memandangkan masa pertandingan telah tamat dan saya terlepas pandang, saya ingin menjual logo ini.
Fail akan diberikan dalam format AI, PNG dan PDF.
Hubungi saya di atiyya.my@gmail.com
Terima kasih.
*Logo ini sesuai untuk barang kemas ataupun produk kecantikan.

Memandangkan klien saya terdiri daripada usahawan makanan, dirumuskan perkara-perkara asas yang diperlukan untuk pembungkusan dan pelabelan makanan.
Dalam proses printing packaging seperti plastik, kosnya dikira berdasarkan warna. Semakin banyak warna semakin tinggi kos. Satu silinder warna boleh mencecah sehingga RM800 sehingga RM1,000.
Secara normalnya penggunaan warna pada sesuatu packaging plastik adalah sebanyak lima warna iaitu C, Y, M , K dan White. Penggunaan lima warna ini boleh menghasilkan desain yang ceria dan menarik.
Walau bagaimanapun, bagi usahawan yang kekurangan dana bolehlah mengurangkan jumlah warna pada packaging mereka sehingga 2 atau 3 warna.
Untuk designer
Antara langkah popular menggunakan 2 atau 3 warna adalah menggunakan spot color. Caranya:
Klien: Cahaya Elynna Enterprise
Produk: Sambal Bilis Cili Padi
Ketika mula-mula mencuba produk sambal bilis cili padi ini, rasanya agak pedas tetapi selepas beberapa minit kepedasan itu akan hilang. Sesuai untuk dimakan dengan nasi putih bersama telur dadar atau pun dijadikan sebagai sambal nasi lemak.
Produk ini dijenamakan sebagai 'Sambalicious'. Apabila saya membuat carian di Google, ternyata sudah banyak usahawan yang menggunakan nama ini sebagai jenama produk mereka. Nama-nama sebegini perlulah dielak daripada menggunakannya.

Selamat Menyambut Tahun 2016.
Tahun 2016 sudah tiba. Adakah anda para usahawan terutamanya bakal menyambutnya dengan suram atau pun dengan penuh gaya?
Kenaikan kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan pengguna berkira-kira untuk membeli barang yang bukan keperluan. Produk berharga RM10 ke atas sudah memeningkan minda pengguna sama ada untuk membelinya atau pun tidak. Syarikat-syarikat besar yang mengeluarkan barangan bukan keperluan seperti snek sudah mengambil langkah yang bijak dengan mengecilkan pembungkusannya seterusnya mengurangkan jumlah berat. Jumlah berat yang semakin berkurang menyebabkan harganya turut berkurang. Situasi ini dilihat memberikan kemenangan kepada pengguna kerana mereka mampu memilikinya.Di samping pembungkusan yang semakin mengecil, lebih banyak kuantiti produk dapat dihantar ke outlet-outlet. Secara tidak langsung, strategi ini menjimatkan kos pengangkutan kepada sesebuah syarikat. Ruang penyimpanan turut dapat digunakan sepenuhnya.
Tahun 2016, Tahun Berjemaah
Sudah masanya para usahawan kecil mencipta strategi-strategi baru bagi memasarkan produk mereka. Perkara ini sudah saya bincangkan dalam tulisan yang lepas. Boleh bacanya di sini: PENJENAMAAN UNTUK USAHAWAN KECIL.
Saya sudah berbincang dengan beberapa orang usahawan dan mereka bersetuju dengan idea berkongsi penjenamaan. Sudah terlampau banyak brand yang ada di pasaran. Bagaimana anda ingin dilihat besar jika anda berseorangan. BERJEMAAH. Hanya secara berjemaah anda akan dapat dilihat besar.
Lambakan produk dengan pelbagai jenama. Bagaimana anda ingin berlawan?
*Tiada kena mengena dengan produk yang ada di pasaran.