7 Strategi Untuk Desain Pembungkusan yang Berkesan

Isnin, November 14, 2016

Apa yang selalu difikirkan oleh para pengguna ketika melihat pembungkusan produk pada rak-rak di supermarket? Mengapa memilih jalan selamat adalah selalunya strategi yang tidak berkesan untuk menarik minat mereka membeli produk anda.

Gambar daripada http://chexfoods.com/merchandising/

Persekitaran runcit adalah seperti medan peperangan yang mana pelbagai jenama bersaing untuk mendapatkan perhatian para pengguna. Pembungkusan produk anda hanya mempunyai tempoh masa selama 2 saat untuk para pengguna jatuh hati, seterusnya menyebabkan mereka membelek untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Pembungkusan yang GAGAL dalam ujian 2 saat ini menyebabkan pengguna beralih arah kepada jenama pembungkusan yang telah mengaplikasikan 7 strategi berkuasa ini. Apakah 7 STRATEGI ini? Baca untuk tahu lebih lanjut.

1. Less Is More
Zaman sekarang adalah zaman penuh dengan pengiklanan yang mana minda pengguna sudah mampat dengan pelbagai perkara yang ingin difikirkan. Kekurangan masa menyebabkan mereka bergegas dalam membuat pilihan ketika ingin membeli sesuatu produk. Konsep 'less is more' adalah terjemahan dalam memberi pengguna pilihan untuk membuat sesuatu keputusan dengan cepat. Konsep ini menyenangkan minda pengguna yang sudah serabut tadi. Jeritan pembungkusan produk melalui visual desain yang pelbagai memberikan purata 2 saat untuk pengguna tertarik sebelum pandangan mereka tergoda dengan produk jiran di rak yang sama.

Untuk jumlah masa yang singkat, adalah kritikal untuk memberi kefahaman kepada pengguna mengenai manfaat produk yang ditawarkan dan kenyataan 'mengapa perlu membeli produk ini'. Bagi mencapai tugasan mustahil ini, packaging designer selalu 'bergaduh' dengan pemilik/kumpulan pemasaran mengenai isi kandungan yang terlampau banyak untuk disumbat dalam satu pembungkusan produk. Packaging designer yang berketrampilan akan menasihati mereka untuk menggunapakai pendekatan 'less is more' untuk pembungkusan produk runcit.

Intipati pendekatan ini adalah untuk peraturan 2 saat. Jika pengguna mampu menyerap semua maklumat yang dipaparkan pada pembungkusan dalam masa 2 saat, minda mereka secara tidak sedar mencapai kepuasan. Pengguna berasa memahami produk tersebut dan apa yang ditawarkannya kepada mereka. Jika masa yang diambil adalah lebih daripada 2 saat untuk pengguna memahami apa yang ditawarkan oleh produk, berkemungkinan tinggi produk itu akan diketepikan. Kunci mendapatkan jualan adalah menjadi pilihan pertama yang diambil oleh pengguna. Produk pertama yang diambil biasanya adalah produk yang akan sampai di tempat pembayaran. Falsafah 'less is more' akan meningkatkan peluang untuk menukarkan status pengguna kepada pembeli.

2. Galakkan Sentuhan
Memberi peluang kepada bakal pembeli untuk melihat isi kandungan di dalam pembungkusan boleh meningkatkan jualan produk. Kaedah ini membuang rasa takut pembeli terhadap produk.

"Bagaimana rupa sebenar produk ini?
"Bagaimana rasanya?
"Warnanya sama ke dengan yang dilihat pada pembungkusan?

Semua ketakutan ini boleh dihilangkan jika pengguna dapat merasai pengalaman sepenuhnya produk sebelum mereka membuat pembayaran.

Contoh

Jika akses secara terus kepada produk tidak dapat dilakukan, seperti sesetengah produk makanan dan minuman, fotografi produk yang besar, jelas dan menarik daripada pelbagai sisi yang menyerlahkan ciri-ciri produk akan dapat membantu memberikan kepuasan kepada pembeli - seterusnya membelinya.Gambaran yang memberi visual rasa, sentuhan dan tekstur akan dapat 'berkomunikasi' dengan pembeli.

3. Tentangan Yang Menarik
Apabila pembeli membuat pilihan pembelian di atas rak runcit, mata mereka dengan cepat mengimbas apa yang ada. Data visual diterima dalam minda dan kemudiannya dinilai dalam milisaat. Minda pembeli separa sedar akan 2 soalan bertanya:

Apakah yang biasa?
Apa yang berbeza yang menonjol?

Untuk pembelian secara berulang, pengguna biasanya membeli produk yang sudah biasa dengan mereka. Walau bagaimanapun, keinginan untuk mencari sesuatu yang baru sentiasa menerjah ke minda mereka. Inilah peluang packaging designer seperti saya, menghasilkan desain yang baru yang lebih menonjol daripada yang lain serta menarik perhatian seperti jatuh cinta pandang pertama.

Packaging designer yang strategik tahu bagaimana untuk membina satu desain pembungkusan yang lain dari lain. Walau bagaimanapun, menjadi kebiasaan untuk mereka bekerja dengan pemilik produk yang kurang berpengalaman yang mana terperangkap dalam mentaliti mahu menjadi pengikut/ follower (salah satu contoh play safe yang kerap diamalkan oleh usahawan) berbanding berani mencipta sesuatu yang baru dan menjadi market leader.

Sebagai pengikut, mereka berasa lebih senang dan selamat.

"Jika 3 pesaing lain menggunakan warna biru pada pembungkusan, maka kita juga perlu menggunakan warna biru.

Berbeza dengan market leader.

"Semua guna biru, kita guna merah.

Ini adalah contoh bagaimana anda boleh mendapatkan idea. Saya pernah menerima kritikan kerana menggunakan warna hijau untuk produk makanan. "Mengapa tidak merah? Merah membangkitkan perasaan lapar kepada pembeli. Jawab saya, "Kau apa tahu", tapi jawab dalam hati sahajalah.

Market leader tidak bimbang siapa yang mengikut langkah mereka, kerana mereka tahu 'destinasi' mereka dan 'destinasi' yang dituju adalah betul. Manakala, pengikut sekadar terikut-ikut dan tidak jelas 'destinasi' yang ingin dituju. Jadi, yang mana satu produk pembungkusan anda? Jawablah sendiri dengan jujur.

4. Berhias Untuk Perhatian
Tidak ada produk yang dicipta untuk semua orang. Setiap produk mesti ada sasaran pengguna tersendiri. Gunakan alasan ini untuk produk anda. Cari siapa pengguna anda. Sebagai contoh, sebuah syarikat mengeluarkan satu produk yang mana pembelinya adalah 70% perempuan. Walau bagaimanapun, pengeluar berhasrat untuk mensasarkan desain pembungkusan untuk kedua-dua sasaran pengguna. Produk yang cuba untuk menjadi semua benda akhirnya TIDAK BERMAKNA KEPADA SEMUA ORANG.

Gambar sekadar contoh

Jika sasaran pengguna anda adalah perempuan berumur 18 hingga ke 30 tahun, pertimbangkanlah untuk menggunakan bahasa dan gaya visual yang sesuai dengan mereka.

Jika sasaran pengguna anda ialah lelaki berumur 45 sehingga 65, pastikan guna saiz font yang lebih besar, pendek dan manfaat yang jelas kepada mereka.

Siapapun sasaran pengguna anda, hiaslah pembungkusan dengan desain yang mencapai maksud untuk golongan sasaran ini di samping untuk mengagumkan dan menarik perhatian mereka.

Strategi seterusnya akan ditulis pada post yang akan datang.

Terima kasih.

Nota: Artikel ini adalah terjemahan daripada '7 Strategies for Powerful Packaging Design' yang ditulis oleh David & Nancy Deal. Gaya bahasa terjemahan diubah mengikut pandangan penulis.

You Might Also Like

0 ulasan