2016

Jumaat, Januari 01, 2016


Selamat Menyambut Tahun 2016.

Tahun 2016 sudah tiba. Adakah anda para usahawan terutamanya bakal menyambutnya dengan suram atau pun dengan penuh gaya?

Kenaikan kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan pengguna berkira-kira untuk membeli barang yang bukan keperluan. Produk berharga RM10 ke atas sudah memeningkan minda pengguna sama ada untuk membelinya atau pun tidak. Syarikat-syarikat besar yang mengeluarkan barangan bukan keperluan seperti snek sudah mengambil langkah yang bijak dengan mengecilkan pembungkusannya seterusnya mengurangkan jumlah berat. Jumlah berat yang semakin berkurang menyebabkan harganya turut berkurang. Situasi ini dilihat memberikan kemenangan kepada pengguna kerana mereka mampu memilikinya.

Di samping pembungkusan yang semakin mengecil, lebih banyak kuantiti produk dapat dihantar ke outlet-outlet. Secara tidak langsung, strategi ini menjimatkan kos pengangkutan kepada sesebuah syarikat. Ruang penyimpanan turut dapat digunakan sepenuhnya.

Tahun 2016, Tahun Berjemaah

Sudah masanya para usahawan kecil mencipta strategi-strategi baru bagi memasarkan produk mereka. Perkara ini sudah saya bincangkan dalam tulisan yang lepas. Boleh bacanya di sini: PENJENAMAAN UNTUK USAHAWAN KECIL.

Saya sudah berbincang dengan beberapa orang usahawan dan mereka bersetuju dengan idea berkongsi penjenamaan. Sudah terlampau banyak brand yang ada di pasaran. Bagaimana anda ingin dilihat besar jika anda berseorangan. BERJEMAAH. Hanya secara berjemaah anda akan dapat dilihat besar.

      
Lambakan produk dengan pelbagai jenama. Bagaimana anda ingin berlawan?
*Tiada kena mengena dengan produk yang ada di pasaran.


Strategi:

BERKONGSI JENAMA

Jumpa usahawan-usahawan yang anda kenal yang sudah melakukan proses penjenamaan. Cari usahawan yang berada sama dalam industri anda. Berbincanglah usaha untuk berkongsi jenama dengan mereka.

     
                                                                            Jenama anda.        Jenama usahawan lain.

Contoh - Industri Snek Tradisional
Katakan produk anda adalah A, cari usahawan yang sudah mempunyai penjenamaan. Contoh di atas adalah produk B (Contoh jenama 'TRADISI' diambil untuk industri snek tradisional).

Jika usahawan produk B bersetuju untuk anda menggunakan jenama mereka, ianya dapat dilihat sebagai satu situasi menang-menang.

   

Apakah situasi menang-menang mengambil contoh di atas?

Kekuatan
1. Anda sebagai produk A dapat membina penjenamaan tanpa kos yang tinggi.
2. Usahawan produk B dapat menunjukkan kepada pasaran bahawa mereka mempunyai lebih daripada satu produk.
3. Ini menunjukkan jenama ini mempunyai rangkaian produk yang pelbagai.
4. Menjimatkan kos. Usahawan B tidak perlu mengeluarkan modal untuk membiayai kos produk A. Begitu juga dengan usahawan A. Mereka mengeluarkan produk dengan kos masing-masing.

Kelemahan
1. Usahawan produk A dan B perlu mencari jalan menetapkan peraturan penjenamaan supaya jenama ini tidak keliru di mata pengguna.

Walau bagaimanapun, kelemahan ini tidak dilihat sebagai suatu yang besar. Usahawan A dan B boleh berbincang menetapkan peraturan penjenamaan. Maksud mudahnya ialah bagaimana penjenamaan produk ini digunakan dengan betul dan tidak mengelirukan mata pengguna. 

Satu cara lagi ialah berkongsi kos antara para usahawan untuk menggunakan perkhidmatan designer dalam mereka bentuk susun atur penjenamaan produk anda.

*Pandangan yang ditulis adalah pandangan saya setelah memerhatikan situasi banyak usahawan kecil tidak mampu membina jenama yang kuat.Terpulang kepada para usahawan itu sendiri untuk aplikasikannya dalam perniagaan mereka.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer
www.atiyya.my

You Might Also Like

0 ulasan