Proses Printing Packaging Plastik

Jumaat, Mei 27, 2016


Proses yang Terlibat

Bicara kali ini memberitahu bagaimana proses untuk printing sesuatu plastik packaging dan berapa lama masa yang akan diambil bagi memberi persediaan kepada para usahawan merancang jadual mereka.

1. Penyediaan Silinder

Silinder merupakan blok warna untuk packaging yang akan dibuat. Jika terdapat 5 warna, maka 5 blok silinder yang akan diperlukan.

Jangka masa: 1 MINGGU


Contoh silinder.

2. Printing, Laminating dan Penyediaan Beg Plastik

2.1 Printing

Setelah silinder siap dan dihantar ke kilang, pelanggan akan dimaklumkan untuk membuat semakan akhir pada artwork packaging yang akan diprinting bagi memastikan tiada sebarang masalah daripada segi warna, tulisan dan sebagainya.

Pelanggan perlu menyemak artwork terlebih dahulu.

Proses yang terlibat.

2.2 Laminating

Selepas itu, proses laminating plastik pada material yang akan digunakan dengan gam yang kuat.

Gam yang kuat digunakan untuk laminating. 
Jika anda letak jari anda di sini, anda pasti menangis.

2.3 Penyediaan

Setelah proses printing dan laminating dijalankan, plastik akan dibiarkan di dalam bilik bersuhu tinggi untuk memberi lekatan yang kuat. Kemudian, proses penyediaan kepada beg plastik yang diminta oleh pelanggan akan dilakukan.


Jangka masa: 3-4 MINGGU


KESIMPULAN

Berdasarkan carta yang diberikan di atas, disimpulkan secara ringkas di bawah:

1. Proses desain artwork: 2-4 minggu
2. Silinder: 1 minggu
3. Printing: 3-4 minggu.

* Kira-kira 2 bulan diperlukan bagi menghasilkan plastik packaging bermula dengan desain.

Usahawan yang ingin menggunakan printing plastik perlulah bermula seawal 3 bulan  sebelum dapat menggunakan packaging yang diinginkan agar dapat menyusun jadual dengan teratur dan lancar.

Sekian, terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer
hello.atiyya.my

You Might Also Like

0 ulasan