7 Strategi Untuk Desain Pembungkusan yang Berkesan (2)

Isnin, Disember 05, 2016

Sambungan 7 Strategi untuk desain pembungkusan yang berkesan.

Baca Strategi yang lama, klik SINI.


5. Unsur Kejutan
Manusia suka akan memori. Memori terindah. Memori bahagia. Memori yang positif ini memberikan suatu pengalaman yang berharga untuk diingati.

Bagaimana untuk diaplikasikan dalam pembungkusan?

Packaging designer boleh memberikan unsur kejutan dalam penghasilan sesuatu pembungkusan kepada para pembeli. Contoh mudah ditunjukkan dalam rajah di bawah.



Sebentuk cincin disimpan di dalam bekas rata. Apabila bekas rata ini dibuka, cincin tadi akan dapat ditonjolkan.

Unsur kejutan dapat diterapkan dengan pelbagai cara dengan lebih meluas lagi. Berbincanglah dengan kumpulan anda bagi mengaplikasikan strategi ini bersesuaian dengan pembungkusan yang anda gunakan.

6. Pelanggan Tahu Apa Yang Terbaik
Bagi mendapatkan reaksi positif yang betul-betul dapat menambat hati pelanggan untuk membeli produk anda bukanlah hanya sekadar terletak pada perbincangan antara anda dan packaging designer.

Tanya SASARAN PELANGGAN anda kerana merekalah yang akan menggunakan produk tersebut. Cara paling mudah, tunjukkan desain pembungkusan anda di hadapan 100 orang bakal pembeli. Lihat apa reaksi mereka. Komen mereka.

7. Penggunaan SPOT COLOR
Dalam penghasilan printing untuk pembungkusan, kebiasaannya untuk menggunakan spot color dan process color (CMYK).

Bahasa mudah, spot color memberikan 1 warna yang diinginkan manakalah process color memerlukan campuran pelbagai warna untuk menghasilkan 1 warna yang diinginkan tadi.


Sudah tentulah spot color akan menghasilkan warna yang lebih tepat dan kuat.

Terima kasih.

Nota: Artikel ini adalah terjemahan daripada '7 Strategies for Powerful Packaging Design' yang ditulis oleh David & Nancy Deal. Gaya bahasa terjemahan diubah mengikut pandangan penulis.

You Might Also Like

0 ulasan