Brand Story: Penting atau Tidak?

Selasa, Ogos 23, 2016

"Ada brand story?"

"Apa itu? Jika tiada boleh? Malas nak buat"

Ini adalah antara perbualan biasa antara usahawan dengan saya yang ingin membuat packaging design. Selalu mengelak untuk membuat brand story pada label atau pun pembungkusan mereka.

Apa itu BRAND STORY?

Gambar daripada Linkedin Gemma Huckle

Dalam bahasa mudah, brand story boleh disimpulkan sebagai penceritaan mengenai penjenamaan produk yang anda lakukan. Tujuan? Untuk mencipta kesetiaan dan kepercayaan pelanggan kepada produk anda.

"Penceritaan yang bagus 
adalah daripada pengalaman"

Manusia suka akan penceritaan. Fakta membosankan. Ya, fakta adalah penting tetapi penceritaan menjadikan kita peduli, dan apabila kita peduli kita akan respon kepada penceritaan tersebut.

Sumber: Google (http://www.berattarverkstan.se/)

Ambil contoh mudah. Setiap tahun syarikat besar akan menghasilkan iklan-iklan pada musim perayaan. Setiap tujuan pengiklanan sudah tentu adalah untuk menghasilkan keuntungan.Walau bagaimanapun, kita tidak berasa ianya adalah pengiklanan kerana ia adalah satu penceritaan. Cerita yang membuatkan kita beremosi. Emosi tersebut menyebabkan kita ambil peduli dan memberi respon positif dalam minda.

Kita semua mempunyai cerita untuk diberitahu. 
Pilih beberapa.

Setiap jenama tidak mempunyai hanya satu, tetapi pelbagai cerita untuk diberitahu. Setiap pencapaian, dari konsep idea jenama anda ke arah yang mana objektif anda, mengandungi cerita. Berikut adalah beberapa perkara yang boleh diambil kira untuk permulaan:

1. Cerita bagaimana syarikat/ bisnes/ produk anda bermula.
2. Bagaimana penjenamaan anda memberi kesan kepada kehidupan orang lain.
3. Nilai dan kepercayaan dalam penjenamaan
4. Cerita di sebalik produk

Bayangkan, produk anda sudah dikenali ramai di Malaysia contohnya. Suatu hari, seorang wartawan daripada agensi terkemuka bertanyakan anda satu soalan. 

Apa kekuatan produk ini? Bagaimana ia bermula? Apa inspirasi? Mengapa produk ini?

Jika anda dapat menjawab dengan penuh gaya penceritaan sehingga lima hingga ke 10 minit, barulah wartawan pun seronok untuk menulis mengenai produk anda.

Kesimpulan

Mulakan menulis mengenai penceritaan jenama anda. Mungkin ianya mengambil masa yang agak lama, tetapi mulalah menulis daripada sekarang. Penceritaan yang bagus sebenarnya adalah berdasarkan niat anda memasuki bidang tersebut. Ya, brand story adalah penting untuk penjenamaan anda.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan