Tips untuk Freelance Designer
Jumaat, Ogos 19, 2016Antara isu yang dihadapi oleh seorang freelance designer adalah bagaimana mereka mahu mencari pasaran dalam industri desain.
KAJIAN KES: Diri Sendiri
Saya memulakan pekerjaan packaging designer secara freelance bermula pada Jun 2015. Sebelum memulakan bidang ini, saya menggunapakai konsep positioning dalam mencari pasaran di Malaysia.
Kaedah POSITIONING - Bagaimana? Apa itu?
Dalam bahasa mudah, positioning adalah bagaimana anda menonjolkan kehebatan dan keunikan yang terdapat pada anda seterusnya membolehkan anda menguasai pasaran dengan lebih mudah dan cepat.
Sebelum bermula, saya melihat bagaimana para designer yang lain memasarkan diri mereka.
Ramai yang tidak fokus kepada satu perkara sahaja. Saya cuba mencari siapa yang fokus kepada bidang packaging SAHAJA, dan hasilnya tiada. Jadi, saya terus menggunakan slogan 'Your Packaging Designer' bagi menunjukan bahawa saya fokus kepada bidang pembungkusan sahaja.
Sebagai contoh, Ali adalah seorang pereka grafik. Beliau memberitahu pelanggan bidang tugasnya adalah mencipta penjenamaan, membuat logo, membuat pembungkusan, menguruskan media sosial, membuat bunting, banner dan bermacam lagi. Hal ini menyebabkan para pelanggan tidak dapat membezakan anda dengan para pereka grafik yang lain.
Perlu diingatkan minda pelanggan sudah terlalu banyak info.
Apa yang Ali boleh lakukan adalah mencari kekuatan pada dirinya. Katakanlah Ali seorang yang hebat dalam menghasilkan logo korporat, jadi cukup sekadar beliau memberitahu kepada pelanggan bahawa beliau adalah pereka logo korporat.
Para pereka grafik hanya perlu memfokuskan SATU bidang tugas mengikut minat mereka.
Dalam kes saya, saya hanya menggelarkan diri sebagai Packaging Designer. Cukup satu sahaja.Walaupun fokus kepada satu perkara, ini tidak bermakna anda tidak boleh membuat perkara lain. Apabila berjumpa dengan bakal pelanggan, barulah memberitahu anda boleh membuat perkara lain juga seperti lukisan 3D atau pun web design.
KAJIAN KES 2: Eunike Nugroho
Beliau berjaya menarik perhatian saya kerana kebolehan beliau menghasilkan lukisan watercolor yang realistik dan mengkagumkan.
Melalui konsep positioning, beliau menggelar diri sebagai 'Watercolor and Botanical Art Designer'. Boleh rujuk hasil kerja beliau di http://eunikenugroho.blogspot.my/.
KAJIAN KES 3: Elizabeth Tan
Selain memiliki rupa paras yang jelita, beliau berjaya mendapat perhatian ramai melalui konsep positioning. Bagaimana?
Cuba tanya diri anda, berapa ramai penyanyi Cina yang anda kenal? Mungkin ada atau mungkin tiada.
Jika soalan itu ditukar sebegini, siapa penyanyi Cina yang selalu menyanyikan lagu dalam bahasa Malaysia? Sudah pasti figura ini akan terbayang dalam minda anda.
Melalui positioning, beliau dengan mudah berjaya menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia seterusnya berjaya memasarkan diri beliau untuk terus berjaya.
Kesimpulan
Konsep positioning adalah salah satu konsep yang boleh digunapakai dalam apa jua industri sekali pun. Jika anda berminat untuk menggunakan konsep ini, bolehlah membaca buku berjudul Positioning: The Battle for Your Mind oleh Ries & Trout.
Terima kasih.
Atiyya Azman
Your Packaging Designer
0 ulasan