Kebaikan Fleksibel Packaging
Selasa, April 11, 2017Fleksibel Packaging
Bahasa mudahnya, fleksibel packaging adalah pembungkusan yang boleh berubah bentuk. Kebiasaannya fleksibel packaging diperbuat daripada kertas, plastik, filem, foil, metalized atau coated paper, serta gabungan daripada mana-mana bahan ini.
Fleksibel Packaging termasuk:
1. Rollstock
2. Bags
3. Pouches
4. Liners
5. Shrink Sleeves
6. Shrink Wrap and Stretch Wrap
7. Bulk Shipping Sacks
8. Flexible Lidding
9. Film Wrap Around Labels
Kebaikan Fleksibel Packaging
1. Keselamatan dan perlindungan kepada produk
2. Mengelakkan pembaziran makanan
Jangka hayat suatu daging misalnya dapat dipanjangkan dari 4 hari ke 30 hari apabila dibungkus vakumkan dalam oxygen barrier film. Jangka hayat yang bertambah dapat membantu mengelakkan pembaziran makanan.
3. Kesegaran dan menambah jangka hayat produk
Sebagai contoh, pisang boleh bertahan selama 36 hari dalam pembungkusan perforated polyethylene bags berbanding hanya 5 hari tanpa apa-apa pembungkusan.
4. Kemudahan kepada pengguna
Easy-pour spouts (seperti pembungkusan sabun wangi pakaian) memudahkan pengguna untuk menuang cecair.
Standing pouch with zipper (seperti produk biskut Cookies Most Wanted berwarna kuning di atas) memudahkan pengguna untuk menutup kembali pembungkusan jika produk tidak habis digunakan.
Valves dan microscopic perforations memudahkan pengguna untuk memanaskan produk seperti yang selalu terdapat pada produk makanan.
5. Kemudahan pengangkutan, penyimpanan dan penggunaan
Fleksibel packaging yang boleh berubah bentuk dapat menjimatkan ruang seterusnya memudahkan proses pengangkutan dan penyimpanan.
6. Sustainability
Daripada aspek ini, kitaran hidup sesuatu pembungkusan adalah kritikal. Fleksibel packaging adalah pilihan yang tepat dalam menangani isu alam sekitar kerana ianya tidak menggunakan banyak sumber dan mengurangkan sisa. Malah, ia juga boleh dikitar semula.
Proses Printing
Secara amnya, proses printing untuk fleksibel packaging memerlukan satu jumlah kuantiti untuk dicetak. Untuk proses cetakan, jumlah kuantiti bergantung kepada:
1. Saiz
2. Jumlah Warna
3. Material
Untuk mendapatkan jumlah kuantiti untuk produk anda, boleh hubungi dan berjumpa dengan pihak kami untuk penerangan yang lebih mendalam dan lanjut.
Terima kasih.
0 ulasan