Baru Bermula Buat Produk - Senarai Semak Yang Anda Perlu Tahu

Selasa, April 25, 2017

Anda sudah ada niat untuk mengeluarkan produk atas jenama sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula? Kami senaraikan langkah-langkah yang berguna untuk anda berdasarkan pengalaman berurusan dengan pelbagai usahawan. Baca tips-tips di bawah sekarang.



1. Positioning

Semakin ramai yang buat produk dan semakin banyaklah persaingan. Produk yang anda buat perlu ada ciri-ciri unik supaya lebih menyerlah berbanding produk pesaing. Positionkan produk anda secara lebih terperinci.

Contoh Positioning:
Apabila menyebut makanan fast food, anda pasti terbayangkan 1) McD, 2) KFC atau 3) PIZZA Hut. 

Dalam hal ini, bagaimana KFC boleh menjadi yang pertama anda sebut dahulu?

KFC memposisikan diri mereka sebagai restoran fast food ayam goreng.
Pizza Hut pula? Mereka memposisikan sebagai restoran fast food piza.

Faham? Walaupun KFC, McD dan Pizza Hut tergolong dalam kategori yang sama iaitu restoran fast food, apabila diperincikan lagi, mereka menjadi 'juara' dalam kategori masing-masing.

Tak faham lagi?
Ok contoh lain tengok bagaimana syarikat Yeos berlawan dengan syarikat gergasi seperti Coca-Cola dan Pepsi. Mereka semua dalam kategori yang sama iaitu minuman. Cuma, Yeos memposisikan diri mereka sebagai minuman yang tidak bergas.

Anda boleh mencari apa 'juara' anda sendiri.

Contoh:
Cookies banyak yang manis-manis dan tidak elok untuk kesihatan. Orang sekarang lebih mementingkan kesihatan. Mereka sanggup membayar lebih untuk hidup sihat. Jadi, buatlah cookies manis yang tidak menjejaskan kesihatan pengguna (JIKA BOLEH LAH).

2. Nama

Ini paling penting. Tanpa nama macam mana orang nak kenal, suka, jatuh cinta dan beli lagi. Senaraikan beberapa nama jenama yang ingin digunakan. Kemudian, SILA SEMAK di laman web MYIPO untuk melihat sama ada nama tersebut sudah digunakan atau belum. Boleh buat semakan di sini -->> KLIK SINI

Untuk cadangan nama jenama yang sesuai, boleh baca ebook kami di pautan ini -->> KLIK SINI

3. Logo

Dah ada nama, bagilah 'pakaian' cantik pula. Pakaian itu maksudnya logo lah. Dapatkan khidmat designer yang tahu mengenai logo dan TAHU GARIS PANDUAN LOGO YANG BOLEH DI TRADEMARK

Ada satu kes seperti yang diceritakan oleh pegawai MyIPO. Usahawan ini telah membayar sebanyak RM5,000 untuk logo design malangnya logo tersebut tidak boleh didaftarkan untuk trademark.

Sebab itulah pentingnnya buat semakan dahulu di MyIPO sebelum membuat sesuatu logo. Jangan dah terhantuk baru nak terngadah.


4. Packaging

Ini pun penting juga. Packaging lah yang berfungsi sebagai 'jurujual senyap' ketika produk anda berada bersama lambakan produk lain. Tentukan jenis packaging yang ingin dibuat. Sama ada jenis kotak, plastik, canister atau lain-lain.

Dah tentukan jenis packaging tentukan pula saiz yang bersesuaian. Saiz perlu diambil perhatian lebih. Dah dapat saiz satu produk, tentukan pula saiz untuk satu karton jika anda ada menghantar ke mana-mana outlet. Saiz yang tepat dan betul dapat menjimatkan kos pengangkutan, kos printing pembungkusan dan macam-macam kos lagi lah.

7 Strategi Design Packaging yang Berkesan. Baca Sini.

Kesimpulan

Maklumat yang diberikan adalah sekadar asas sahaja. Anda boleh berjumpa dengan pihak kami untuk perbincangan yang lebih mendalam supaya kami tahu bagaimana boleh membantu anda dengan lebih lanjut lagi. Jika anda mempunyai sebarang komen ataupun ada sebarang maklumat lanjut yang ingin ditambah, boleh komen di ruangan di bawah.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer 

You Might Also Like

0 ulasan