Tukar Pembungkusan Kepada Pengalaman Yang Hebat!

Khamis, April 13, 2017

Set Buku Kanak-Kanak yang Datang dalam Packaging yang Comel



'The Adventures of 3 Bears' adalah satu set buku kanak-kanak yang dibungkus dengan cara yang bijak dan comel. Laman-laman buku datang bersama-sama untuk mencipta topeng beruang, yang pasti untuk menghiburkan dan menarik perhatian mana-mana kanak-kanak.




Owl & Dog Playbook merupakan penerbit buku kanak-kanak yang berpangkalan di London dan merupakan master mind kepada reka bentuk yang comel ini. Hasrat mereka adalah untuk menjadikan buku bukan sekadar bahan bacaan biasa malah lebih daripada itu.


'The Adventures of 3 Bears' adalah satu set tiga buku dalam format segitiga kon. Set ini mengisahkan panda, beruang dan koala dengan cerita ringkas yang sangat menarik. Selepas habis membaca, buku ini boleh dibuka lipatannya sehingga membentuk satu topeng karakter masing-masing.





Reka bentuk seperti ini adalah sangat menarik dan mampu menarik minat pengguna. Ia turut boleh diaplikasikan untuk pembungkusan/packaging produk anda.

Sumber: The Dieline

You Might Also Like

0 ulasan