Proses Packaging Design yang Anda Perlu Tahu
Rabu, Februari 15, 2017Output sesuatu packaging design sepertinya nampak mudah. Menjadi kebiasaan klien yang melihat output yang dilihat mudah akan cuba untuk 'nego' dengan para designer. Apa yang mereka tidak nampak ialah proses input dalam membuat sesuatu design.
Proses Sebelum Menghasilkan Input
Seperti kami di Atiyya Network, adalah satu perkara yang wajib untuk bertemu klien secara bersemuka. Depan depan. Face-to-face. Walaupun mungkin anda boleh menggunakan teknologi video call atau seumpamanya, kelebihan bersemuka secara berdepan memang tidak dapat ditandingi.
Apa yang perlu dibincangkan ketika bersemuka?
1. Saiz
Saiz memang memainkan peranan penting. Tujuannya untuk menentukan susun atur sesuatu desain. Untuk packaging plastik, sebelum berjumpa designer, anda haruslah membuat satu sampel plastik. Masukkan produk anda ke dalamnya. Kemudian, dapatkan nasihat printing supplier berkenaan saiz tersebut. Saiz menentukan jumlah minimum pesanan untuk packaging plastik tersebut. Jika anda bijak, bersemukalah dengan designer dan printing supplier dalam waktu yang sama seperti yang kami selalu lakukan. Jimatkan masa semua pihak.
2. Susun Atur
Susun atur design yang diinginkan oleh klien. Bahasa klien dengan bahasa designer adalah tidak sama. Berilah mereka sampel-sampel contoh yang anda inginkan. Pemahaman dan komunikasi yang berkesan menjadi salah satu sebab kepuasan hati antara anda dan designer apabila menghasilkan sesuatu desain.
3. Maklumat Pada Desain
Beri maklumat yang lengkap kepada packaging designer anda. Untuk maklumat pada produk makanan sebagai contoh, anda boleh baca di sini -->> MAKLUMAT ASAS PADA PEMBUNGKUSAN MAKANAN
Proses Input
1. Lakaran Awal
Kami tidak memberikan pilihan yang banyak untuk desain kepada klien. Paling maksimum adalah dua sahaja. Daripada situ, klien akan membuat pilihan dan kemudiaanya akan dikembangkan lagi idea tersebut. Daripada satu yang dipilih, dikembangkan sehingga dipersetujui oleh klien.
Contoh lakaran awal untuk produk Kelly&Kids
2. Proses Desain Secara Digital
Selepas lakaran dipersetujui, barulah diterjemahkan secara digital.
Draf 01 Draf 02
Daripada sini, klien bersetuju menggunakan konsep Draf 01. Setelah itu, kami kembangkan lagi idea ini melalui perbincangan selanjutnya dengan klien.
3. Susun Atur Maklumat
Draf 01-A
Antara perkara yang diubah dalam proses perkembangan idea ini adalah antaranya:
- Susun atur yang nampak lebih kemas.
- Logo produk dibesarkan untuk memberi titik fokus.
- Tipografi untuk layout. Dalam contoh di atas, kami hanya menggunakan dua tipografi berbeza. Satu untuk tajuk dan satu lagi untuk tulisan maklumat pada desain.
Ouput Design
Perkembangan idea perlu dilakukan sehingga mencapai kepuasan klien. Prinsip kami di Atiyya Network, selagi klien tidak berpuas hati selagi itu pihak kami akan membuat pelbagai revision. Desain akhir untuk produk Kelly&Kids ini:
Kesimpulan
Packaging design merupakan 'askar' anda yang berperang ketika berada di rak-rak kedai jualan. Jika anda membayar 'askar' itu dengan kos yang minimal, rasanya anda boleh fikir sendiri jawapannya. Sediakan satu peruntukan yang sesuai bagi membantu 'askar' anda pergi berperang dengan penuh kebanggaan sekaligus meningkatkan jualan anda.
Untuk catatan yang akan datang, kami akan menulis bagaimana langkah untuk anda mendapatkan desain secara PERCUMA daripada kami. Mustahil? Tidak, yang penting mestilah ada win-win situation antara dua belah pihak.
Tiba giliran anda pula untuk berkongsi pelbagai perkara yang anda hadapi semasa menggunakan perkhidmatan packaging design dengan para designer. Boleh komen di ruangan bawah.
Nota: Segala tulisan ini adalah hasil perbincangan dan fikiran kumpulan Atiyya Network. Kami tidak mengambil kira sekiranya ada yang tidak berpuas hati. Terima kasih.
Atiyya Azman
Your Packaging Designer
0 ulasan