KOHILAL Logo Redesign

Isnin, Mei 22, 2017

Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad atau lebih dikenali sebagai KOHILAL menjalankan perkhidmatan yang memfokuskan kepada bersalin. Berpusat di Taman Melawati, Gombak, Selangor. Sasaran pasaran mereka adalah untuk ibu-ibu yang mengandung.

Logo asal yang menunjukkan lambang bulan sabit dan lambang anak panah seperti separuh daripada huruf 'K' dilihat terlalu umum. Boleh juga dikatakan terlalu biasa. Atau pun ayat yang lebih pedas lagi terlalu membosankan dengan pilihan warna yang tidak masuk antara hijau dan merah.

Proses Logo Baru KOHILAL



Maksud Logo Baru


1. Huruf K difokuskan sebagai simbol kepada nama brand asal, KOHILAL.
2. Oleh kerana memfokuskan kepada pasaran ibu mengandung dan bersalin, simbol K turut merujuk kepada bayi yang baru lahir.
3. Manakala, simbol separuh bulatan berwarna hijau melambangkan bulan sabit yang sinonim dengan simbolik perubatan.
4. Simbolik separuh bulatan juga melambangkan dunia.
5. Secara keseluruhannya, ia melambangkan seorang bayi yang baru melangkah ke dunia ini.

Pilihan Warna

1. Untuk mengekalkan warna hijau yang sudah digunakan, warna merah digantikan dengan warna pink.
2. Tujuannya untuk dilihat lebih feminin dan ceria.
3. Warna pink turut menyerlahkan lagi warna logo baru dengan gabungan warna hijau yang lebih segar.


Jika anda berkunjung ke Taman Melawati lebih-lebih lagi pada waktu malam, anda akan dapat melihat signboard KOHILAL. Gabungan warna yang sesuai ini menonjolkan lagi kekuatan pada logo KOHILAL yang baru sekaligus menenggelamkan brand-brand yang ada di sekitarnya.

Syabas KOHILAL kerana bersetuju dengan pilihan logo baru ini! Semoga lebih maju dan berjaya pada masa hadapan.

Terima kasih.

You Might Also Like

0 ulasan