3 Aspek Sebelum Membuat Packaging Plastik
Isnin, Januari 23, 2017
Pembungkusan plastik ataupun lebih dikenali sebagai flexible packaging mempunyai banyak kelebihan berbanding pembungkusan yang biasa. Antara kelebihan menggunakan packaging seperti ini adalah:
1. Kos seunit yang jauh lebih rendah.
2. Visual grafik yang lebih menarik.
3. Rekabentuk yang lebih fleksibel membolehkan banyak unit dimasukkan dalam satu kotak.
4. Banyak unik dalam satu kotak, makin banyak jumlah yang dapat dihantar ke outlet.
5. Menjimatkan kos pengangkutan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kriteria sebelum anda berhasrat untuk menggunakan flexible packaging seperti ini. Teruskan membaca.
1. Pasaran
Kuantiti minimum yang diperlukan untuk menghasilkan pembungkusan fleksibel adalah agak tinggi untuk usahawan yang baru bermula. Sebagai contoh, pek centre seal yang berwarna biru dalam gambar di atas memerlukan kuantiti sebanyak 50,000 keping.
Usahawan yang baru bermula disarankan mencari pasaran untuk produk terlebih dahulu. Guna apa yang ada di tangan. Jangan tergesa-gesa untuk terus membuat flexible packaging seperti ini. Untuk permulaan dalam tempoh 6 ke 12 bulan, jual menggunakan plastik sedia ada dan tampalkan logo produk anda.
Jika sudah dapat masuk ke pasaran hypermarket/ supermarket, barulah tukarkan 'pakaian' produk anda seperti di atas. Melainkan anda seorang yang berkeyakinan tinggi mampu untuk menjual semua unit dalam tempoh yang singkat. Jika tidak, bersaranglah stor kedai anda dengan stok produk yang tidak terjual.
2. Material dan Jenis Plastik
Flexible packaging - stand pouch - material: aluminium
Sebelum berjumpa dengan pihak kilang flexible packaging, dapatkan maklumat terperinci mengenai material dan jenis plastik yang akan anda gunakan. Sebagai contoh, material produk biskut yang tahan lama sehingga tempoh 1 tahun memerlukan lapisan aluminium manakala produk yang fast moving seperti Maggi ataupun Milo menggunakan material metalised PET. Material berbeza harga turut berbeza.
Ukuran turut memainkan peranan penting. Dapatkan ukuran yang ideal. Bukan sekadar ukuran untuk 1 unit. Daripada 1 unit tadi, berapa banyak yang boleh dimasukkan dalam satu karton. Daripada satu karton, berapa banyak boleh dimasukkan dalam satu kontena jika untuk tujuan eksport. Saiz yang ideal dan tepat membantu dalam pengurangan kos kepada anda nanti.
Untuk pasaran supermarket pula, pastikan ukuran tersebut memenuhi piawaian untuk diletakkan di atas rak nanti.
3. Modal
Kos flexible packaging dipecahkan kepada beberapa bahagian:
a - Kos packaging design
b - Kos barkod, cop halal dan maklumat nutrisi (jika belum ada)
c - Kos silinder warna (banyak warna, banyak silinder. Bagaimana kurangkan? BACA: DI SINI)
d - Kos plastik
e - Kos GST
Untuk repeat order, anda tidak perlu membayar kos silinder warna memandangkan ianya akan mampu bertahan sehingga ke jumlah tertentu (dapatkan maklumat terperinci daripada kilang).
Kesimpulan
Apa yang paling penting, carilah pasaran untuk produk anda terlebih dahulu. Jika sudah ada pasaran, barulah menggunakan flexible packaging. Ramai usahawan terlepas pandang perkara ini kerana mereka berkeyakinan untuk menjual produk sahaja. Akibatnya, stok produk terperap dalam stor. Bukankah bagus jika kerugian ini dapat diatasi daripada awal lagi?
Terima kasih.
Atiyya Azman
Your Packaging Designer
0 ulasan