5 Strategi Goda Klien Dalam Menggunakan Perkhidmatan Desain

Jumaat, Januari 06, 2017


Tahun 2017 baru sahaja membuka tirai. Tahun yang penuh dengan persaingan dan cabaran. Tahun 2016 memberi saya peluang untuk bertemu dengan pelbagai usahawan dalam pelbagai bidang.

Menarik untuk dikongsi adalah kesetiaan klien dalam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh saya sebagai seorang packaging designer. Apa yang menyebabkan mereka terus setia? Berikut lima rumusan strategi untuk 'menggoda' mereka supaya terus menggunakan perkhidmatan saya. Selamat membaca.

1. Face to face



Setiap kali mendapat pertanyaan untuk membuat packaging design, saya akan meminta untuk berjumpa dengan klien terlebih dahulu. Face to face. Tujuan utamanya adalah untuk mengenal siapa klien secara lebih dekat.



Tak kenal maka tak cinta. Pertemuan dengan klien memberikan maklumat tentang apa yang dilakukan oleh mereka, sikap, gaya, visi dan misi yang ingin dicapai. Semua ini membantu dalam memberikan pengalaman perkhidmatan yang berkesan kepada klien di samping memudahkan proses berkomunikasi untuk menghasilkan packaging design yang mencapai kepuasan antara dua belah pihak. Manalah tahu jika ada jodoh, kan? 😆

Bersemuka secara berdepan juga adalah satu langkah untuk mendapat kepercayaan daripada mereka.

2. Awalan Kalah, Akhiran Menang



Kalah pada permulaan, menang pada pengakhiran. Kaedah yang digunakan ini bermaksud anda mungkin menghasilkan desain yang mudah tanpa apa-apa caj pada permulaan. Jadi, jika terdapat keserasian antara dua belah pihak, kemungkinan klien akan menggunakan perkhidmatan anda untuk projek seterusnya.

Strategi ini memerlukan masa dan tenaga. Anda perlu mengorbankan sedikit masa dan tenaga untuk mendapat peluang dan tawaran yang menarik untuk masa akan datang.

3. Humor



Pendekatan humor merupakan langkah paling popular dalam memenangi hati seseorang. Anda berurusan dengan klien. Mereka adalah manusia yang mempunyai emosi. Emosi yang sudah serabut dengan pelbagai tugas yang perlu dilakukan memandangkan merekalah yang melakukan segala-galanya.

Jadi, di sinilah anda perlu memainkan peranan bijak dalam menawan dan menggoda hati mereka. Dalam perbincangan, tidak semestinya ia perlu berlalu dengan muka yang serius. Tepat pada waktu dan masanya, gunakan humor untuk menghangatkan lagi suasana perbincangan. Sentiasa membuatkan klien tersenyum mampu mengeratkan hubungan anda. Dah rapat, mudahlah untuk mereka memberi apa sahaja kerja kepada anda!

Antara perbualan saya dengan klien menggunakan humor.

C: Hi Atiyya, how are you? Would like to ask you, can change the product color in photoshop to another color?
A: I am good thanks. Cannot photoshop. Unless you ask the right guy. And I am the right guy :p
C: Hahahahahahaha. Laugh die me.

C: Client
A: Atiyya

Walau bagaimanapun, cuba untuk elak menggunakan humor yang kebudakan, menyindir atau yang tidak bersesuaian. 

4. Respon Sepantas Kilat



Masa itu emas. Klien perlu membuat setiap keputusan dengan cepat dan pantas.

"I ada bagi job design ni kat seorang designer. Harga ok. Dia dah bagi invois. Tapi lepas tu senyap je. I nak contact pun payah. Penatlah nak layan orang macam ni. Dua minggu dah tunggu."

Ini antara keluhan salah seorang klien saya. Jika anda rasakan masa anda sangat berharga, begitu juga dengan orang lain. Alasan masa tidak mencukupi adalah sekadar alasan. Mengapa memberi harapan palsu jika anda tidak ingin membuatnya langsung? Katakan TIDAK pada permulaan jika anda tidak berminat.

Dalam perjalanan ke Pulau Pinang, seorang klien menghubungi untuk meminta tolong menukar fail desain kepada versi yang bawah kerana pihak printer tidak mempunyai versi terbaru. Jam ketika itu tepat jam 11.59 am. Klien perlu menghantar fail sebelum kedai tutup pada jam 12.45 pm. 

"Macam manalah aku nak buat ni?," gelabahlah juga sekejap. Terus saya hubungi rakan lain untuk meminta tolong. Zass dalam masa 15 minit, fail tersebut terus dapat dihantar kepada klien. Klien sangat terharu dan gembira.

Apa terjadi jika anda memberi alasan anda tidak boleh buat? Jawapannya klien larilah.

5. Kad Ucapan Hari Lahir



Inilah strategi yang paling berharga! Poskan sekeping personalized kad ucapan hari lahir kepada klien anda. Zaman teknologi membolehkan semua orang menggunakan media sosial, WhatsApp atau e-mel untuk menghantar ucapan hari lahir.

Walau bagaimanapun, kad ucapan secara fizikal lebih menyentuh hati klien. Gunalah kemahiran anda untuk melukis dan melakar pada kad tersebut. Ambil sedikit masa untuk menulis sendiri ucapan tersebut. Ini menggambarkan anda sedang memikirkan klien tersebut.

Di belakang kad ucapan tersebut, beri satu promosi khas untuk mereka sempena hari lahir. Mungkin promosi 20%, percuma desain atau apa sahaja yang anda boleh buat. Hasilnya...kenalah cuba buat untuk tahu.

Kesimpulan

Langkah-langkah yang ditulis di atas adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui. Mungkin berguna atau tidak itu terpulang kepada anda untuk aplikasikan. Cubalah dulu kan.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

1 ulasan

  1. Kehidupan adalah baik apabila anda mempunyai kasih sayang anda di sekeliling anda, saya katakan ini kerana apabila saya mempunyai masalah dengan kekasih saya saya tidak pernah melihat kehidupan sebagai perkara yang baik tetapi terima kasih kepada Dr. AGBAZARA dari TEMPLE AGBAZARA, kerana membantu saya membuang ejaan yang membawa kekasih saya kembali kepada saya dalam tempoh 48 jam. Suami saya meninggalkan saya untuk wanita lain selepas 7 tahun perkahwinan, tetapi Dr.AGBAZARA membantu saya membuang mantra yang membawa dia kembali kepada saya dalam masa 48 jam. Saya tidak akan memberitahu anda lebih banyak maklumat mengenai diri saya, tetapi saya hanya akan menasihatkan mereka yang mempunyai masalah di sana hubungan atau perkahwinan untuk menghubungi TEMPLE Dr.AGBAZARA menerusi butiran ini melalui;
    ( agbazara@gmail.com ) atau hubungi beliau di Whatsapp: +2348104102662

    BalasPadam