Melalui jenama penceritaan ataupun brand story, sesuatu perniagaan akan kelihatan lebih asli, lebih berkaitan dan turut disukai ramai. Penceritaan menghubungkan pengguna dan jenama dengan lebih mendalam dan penuh makna secara tidak langsung memberi suatu kesan emosi positif kepada mereka.
Walau bagaimanapun, banyak klien yang saya temui tidak mengambil kisah akan kuasa penceritaan kepada pengguna, maka penceritaan yang dibuat sekadar memenuhi maklumat pada pembungkusan dan pelabelan mereka.
Ingatlah, setiap sesuatu mempunyai satu cerita untuk diberitahu. Cuma mungkin anda tidak menyedarinya atau tidak mengetahui cara untuk menterjemahkannya ke dalam satu tulisan.