
Selamat Menyambut Tahun 2016.
Tahun 2016 sudah tiba. Adakah anda para usahawan terutamanya bakal menyambutnya dengan suram atau pun dengan penuh gaya?
Kenaikan kos hidup yang semakin tinggi menyebabkan pengguna berkira-kira untuk membeli barang yang bukan keperluan. Produk berharga RM10 ke atas sudah memeningkan minda pengguna sama ada untuk membelinya atau pun tidak. Syarikat-syarikat besar yang mengeluarkan barangan bukan keperluan seperti snek sudah mengambil langkah yang bijak dengan mengecilkan pembungkusannya seterusnya mengurangkan jumlah berat. Jumlah berat yang semakin berkurang menyebabkan harganya turut berkurang. Situasi ini dilihat memberikan kemenangan kepada pengguna kerana mereka mampu memilikinya.Di samping pembungkusan yang semakin mengecil, lebih banyak kuantiti produk dapat dihantar ke outlet-outlet. Secara tidak langsung, strategi ini menjimatkan kos pengangkutan kepada sesebuah syarikat. Ruang penyimpanan turut dapat digunakan sepenuhnya.
Tahun 2016, Tahun Berjemaah
Sudah masanya para usahawan kecil mencipta strategi-strategi baru bagi memasarkan produk mereka. Perkara ini sudah saya bincangkan dalam tulisan yang lepas. Boleh bacanya di sini: PENJENAMAAN UNTUK USAHAWAN KECIL.
Saya sudah berbincang dengan beberapa orang usahawan dan mereka bersetuju dengan idea berkongsi penjenamaan. Sudah terlampau banyak brand yang ada di pasaran. Bagaimana anda ingin dilihat besar jika anda berseorangan. BERJEMAAH. Hanya secara berjemaah anda akan dapat dilihat besar.
Lambakan produk dengan pelbagai jenama. Bagaimana anda ingin berlawan?
*Tiada kena mengena dengan produk yang ada di pasaran.


