Penjenamaan untuk Usahawan Kecil

Isnin, Disember 07, 2015

Adalah satu perkara yang mengujakan kepada ramai usahawan kecil apabila ingin membuat produk menggunakan jenama sendiri. Perasaannya sama seperti bakal mempunyai anak sendiri.

Malangnya, menjaga seorang 'bayi' tanpa persediaan yang rapi dan kukuh sangatlah merisaukan. Perkara yang selalu saya fikirkan apabila membantu usahawan membuat jenama sendiri adalah bagaimana mereka hendak meningkatkan jualan.

Sudah terlalu banyak jenama produk di pasaran. Apakah langkah usahawan untuk bersaing dengan pelbagai produk lain apatah lagi bersaing dengan produk-produk ternama yang sudah mendapat tempat pertama di minda pelanggan.

Bersaing dengan desain packaging yang menarik dan unik? Desain packaging yang unik memang sangat menarik apabila ianya keseorangan tetapi apabila diletakkan bersama-sama dengan produk yang sama cantik dan unik, kehebatan produk tersebut tenggelam.

Saya ada fikirkan satu langkah yang boleh menjimatkan kos untuk penjenamaan di samping membantu menguatkannya iaitu:


1. Berkongsi logo/jenama dengan usahawan yang sama kategori.
Katakan anda membuat industri makanan tradisional. Jalinkan hubungan dengan usahawan yang sudah mempunyai penjenamaan dalam makanan tradisional. Anda mungkin boleh menggunakan logo mereka. Perkara ini saya lihat sebagai satu kaedah 'win-win' antara dua belah pihak.

Usahawan yang baru dapat mengurangkan kos manakala usahawan yang lama tadi sudah mempunyai satu produk yang lain di mata pelanggan tanpa mereka sendiri menguruskannya.

Secara tidak langsung pelanggan melihat jenama anda melalui logo di mana-mana.
--------
Saya sudah bercakap dengan beberapa usahawan kecil mengenai cara dan langkah ini malangnya mereka lebih berminat untuk mempunyai logo dan jenama sendiri. Bukankah objektif utama berniaga adalah untuk mendapatkan keuntungan?

*Pandangan yang ditulis ini adalah pandangan saya sendiri setelah berjumpa dengan ramai usahawan kecil. Mereka tiada kos yang besar untuk memulakan penjenamaan tetapi inginkan sesuatu yang bertaraf antarabangsa. Pandangan ini mungkin betul atau mungkin tidak. Sekadar pemerhatian saya sahaja.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan