Packaging Design Yang 'Purple Cow'
Rabu, Januari 10, 2018
Antara salah satu faktor penting dalam teknik membuat packaging design yang berhasil dan boleh diterjemahkan kepada jualan adalah mengambil kira di mana lokasi sesuatu produk itu akan dipasarkan.
Gambar diambil oleh penulis
Berdasarkan gambar di atas, sesuatu packaging design yang dihasilkan memang CANTIK apabila produk itu diletakkan secara bersendirian.
Fikirkan sekejap, bagaimana rupa produk itu apabila diletakkan sebaris dengan produk-produk lain yang turut mempunyai nilai kecantikan pada packaging design mereka?
Produk yang mana akan mendapat tumpuan daripada pembeli/target market anda?
Ketika mengambil gambar untuk produk di atas, penulis tidak dapat memberi tumpuan fokus kepada hanya satu produk kerana kepelbagaian design, warna yang digunakan.
Persoalannya di sini, BAGAIMANA ANDA BOLEH MENJADIKAN PRODUK SEBAGAI PURPLE COW?
Gambar daripada www.thesaleslion.com
Bermakna apabila sampai di rak-rak outlet, pembeli terus fokus kepada packaging produk anda. Dan yang paling penting, terus mereka sambar dan beli.
1. Kajian
Sebelum memulakan sesuatu packaging design, ajaklah packaging designer bersama dengan anda ke lokasi di mana produk akan dijual.
Catit trend, rupa, warna yang digunakan oleh pesaing.
2. Perbezaan
Daripada catatan yang dibuat, rangkakan satu perbezaan ke semua pesaing terhadap produk anda.
Kita ambil contoh produk cookies. Kebiasaannya:
1. Packaging design menggunakan warna merah sebagai latar.
2. Menunjukkan gambar cookies di hadapan.
Daripada 2 contoh di atas, kita bezakan balik melalui:
1. Menggunakan warna bertentangan dengan warna merah, sebagai contoh mungkin boleh guna warna hijau.
2. Tak perlu letak gambar cookies. Letak ilustrasi bangunan/haiwan/buah (bergantung kepada konsep packaging design anda).
Kesimpulan
Nak lagi cara? Jumpalah penulis. Dapatkan idea yang lebih menarik dengan berkunjung ke pasar raya. Banyak contoh-contoh packaging design yang boleh anda pelajari dan aplikasikan ke dalam produk anda sendiri. Antara tempat yang boleh anda pergi:
1. Mercato
2. BIG
3. Jasons Food Hall
4. Jaya Grocer
5. Cold Storage
0 ulasan