Kedekut Nak Belanja Untuk Kos Packaging Design Yang Baik? Sedia Hadapi Kesan Ini
Rabu, Januari 24, 2018"Jika anda tidak mampu membayar untuk design yang baik,
fikirkan kesan dan akibat design yang tidak baik."
Bercakap soal pelan pemasaran usahawan yang membuat produk, rata-rata sanggup berbelanja untuk mendapatkan ilmu pemasaran, ilmu coaching, ilmu pengurusan perniagaan, melalui pelbagai kursus dan seminar yang diadakan.
Tapi, apabila bercakap soal "pakaian" kepada produk itu sendiri, masing-masing kalau boleh nak jadi macam ala-ala pakai singlet dengan seluar pendek 3 suku. Merendah diri katanya. Bukankah penampilan amat dititikberatkan dalam perniagaan? Penampilan yang cantik memikat mata yang memandang. Penampilan yang bergaya memikat hati yang kaya.
Begitu jugalah dalam soal penampilan kepada produk anda ataupun dalam bahasa lainnya ialah packaging. Packaging design.
Bila produk anda yang ditinggalkan sorang-sorang di rak-rak supermarket/kedai-kedai, apalah dayanya untuk memanggil, melambai-lambai ke arah pelanggan dengan dialog dalam hati produk itu:
"Belilah aku, belilah aku, belilah aku....."
Pakaian produk itu tadi kalau dah menarik, barulah pelanggan cuba untuk memegang. Apabila dah pegang, peratus untuk bawa ke kaunter pembayaran adalah tinggi. Kan? Ke tak setuju?
Jika tak setuju, pihak kami senaraikan beberapa kesan packaging design yang tidak baik dan tidak berjaya memikat hati para pelanggan.
1. Tiada kesan emosi
Pelanggan membeli sebab emosi. Emosi yang bercampur baur antara realiti dan fantasi. Ya atau tidak. Beli produk ini atau produk lain?"Design buruk jual mahal baik aku beli produk brand besar."
Apabila kesan emosi tidak berjaya diwujudkan, peratus untuk pelanggan membeli adalah kosong. 0. Telur ayam. Kekuatan emosi terjadi apabila pelanggan melihat "pakaian" produk itu sendiri.
2. Tiada jualan
Dahlah kesan emosi tidak wujud langsung, jadi bagaimana nak ada jualan pada produk? Tiada jualan. Ayat yang mampu menyebabkan para usahawan dilanda kemurungan.3. Kerugian Berkali Ganda
Pihak kami ada menghubungi beberapa usahawan yang ingin mengeksport produk ke luar negara untuk menukar packaging design mereka kepada design yang lebih segar, menarik dan mampu menjana jualan. Tapi, mereka tidak setuju. Berkeras ingin menggunakan design lama yang dah menjana pulangan lumayan di Malaysia.Maka, mereka keluarkan lah sejumlah kos yang besar untuk printing packaging. Setelah beberapa bulan, jualan tidak berapa memberangsangkan seperti yang telah dirancangkan. Salah satu faktor apabila dikaji adalah ketidakmampuan packaging design untuk bersaing dengan packaging design dari luar negara yang lebih menarik, menimbulkan kesan emosi positif dan design yang dilihat profesional.
Kerugian yang dialami adalah banyak.
Kesimpulan
Jadi, bersediakan anda untuk mengalami kerugian yang lebih banyak di masa hadapan? Walhal sudah tentulah boleh dielakkan dengan meletakkan satu bajet khas untuk packaging design yang baik.Nota: Segala catatan penulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Mungkin ada yang bersetuju dan mungkin ada yang tidak bersetuju. Bukankah lebih baik sediakan payung sebelum hujan?
0 ulasan