Pengurangan Kos dalam Packaging Printing

Jumaat, Disember 04, 2015

Semua orang akan teruja dengan packaging yang cantik dan berwarna-warni. Tahukah anda warna yang banyak akan meningkatkan kos printing?

Untuk printing packaging plastik terutamanya, satu warna memerlukan satu silinder. Banyak warna banyaklah silinder yang diperlukan. Setiap satu silinder mempunyai kosnya sendiri.

Apabila banyak warna digunakan, minimum kuantiti pesanan (MOQ) juga akan turut bertambah.

Contoh gambar di bawah menunjukkan 6 silinder (6 warna) diperlukan untuk penghasilan packaging plastik ini.


Warna terlibat:
1. C
2. M
3. Y
4. K
5. White
6. Special Colour

Jadi, bagaimana untuk menjimatkan kos warna dalam printing packaging seperti ini?


Kurangkan warna. Bermakna jumlah silinder akan berkurangan. Jumlah MOQ turut akan berkurangan.

Contoh grafik yang telah dihasilkan dalam 2 WARNA:


Warna terlibat:
1. Biru
2. Oren

*Warna kelabu di atas adalah transparent bermaksud tiada warna akan diprinting di atas itu. Warna tersebut akan mengikut warna packaging plastik yang digunakan. Material untuk produk di atas adalah aluminium yang berwarna kelabu.
* Warna putih yang anda lihat di atas sebenarnya adalah warna oren.

Kaedah ini sesuai untuk usahawan yang baru ingin bermula menggunakan packaging seperti di atas. Apabila jualan anda telah mula meningkat, barulah fikirkan untuk menambah pelbagai warna lagi.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan