Idea: Produk Brimm Brounee™

Selasa, Ogos 04, 2015

Jenama: Brimm Brounee

Produk: Brownie, sejenis makanan pencuci mulut.


Nama
Sebelum mendapat nama Brimm Brounee, nama jenama asal ini ialah Simplee Brownies. Memandangkan nama Simplee tidak boleh diterima di MyIPO, klien terpaksa mencari nama baru.


Nama ini adalah pilihan klien sendiri. Brimm mengambil kata daripada 'brimming' yang membawa maksud melimpah ruah. Hasrat mereka adalah produk ini akan melimpah ruah di pasaran dengan permintaan pembeli. Insha Allah.

Beberapa lakaran logo sebelum ini.

Konsep
Konsep klien adalah bercirikan English, mewah, dan vintage.

Jenis font terbahagi kepada empat yang utama; Serif, Sans Serif, Script dan Decorative. Jenis font yang menjadi pilihan produk-produk premium dan mahal kebiasaannya adalah font daripada jenis Serif.

Sebab itulah saya menggunakan font daripada jenis Serif untuk logo Brimm Brounee™ supaya ianya kelihatan mewah dan premium.

Simbol kerawang di bahagian tepi logo adalah untuk mewujudkan gaya English dan vintage di samping sebagai simbolik kepada jenama ini. Lama-kelamaan, hanya simbolik ini yang perlu ditonjolkan.

Idea packaging akan diceritakan pada post selepas ini.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan