Idea: Produk Brimm Brounee™ (II)

Khamis, Ogos 06, 2015

Packaging

Sebelum memulakan proses desain label/packaging, terlebih dahulu saya akan membuat kajian di beberapa Hypermarket/Supermarket untuk melihat trend semasa sesuatu desain packaging. Proses ini amat penting memandangkan saya inginkan sesuatu desain tersebut bertaraf antarabangsa dan tidak dilihat sebagai produk dari Malaysia.



Pertama, saya mengenalpasti isi yang perlu diletakkan di bahagian label seperti:
1. Logo
2. Deskripsi produk
3. Berat bersih
4. Ramuan
5. Pengeluar/Pengedar/Nombor Telefon
6. Barkod

Isi-isi lain boleh dilihat melalui contoh packaging yang lain.

Setelah itu, dapatkan saiz yang diperlukan. Saiz dan template printing boleh dapatkan melalui kedai printing yang akan dibuat.

Kemudian, dapatkan tema warna untuk desain packaging yang akan dibuat. Untuk contoh warna di atas, saya menggunakan warna brown mengambill warna produk brownie itu sendiri.

Antara inspirasi dalam menghasilkan desain produk ini:

Gambar ihsan daripada Google.

Mengambil inspirasi daripada gambar di atas, produk brownie ini mestilah mempunyai gambar kekacang beserta daunnya yang terdapat dalam ramuan. Sebagai tambahan, saya meletakkan curahan coklat di belakang gambar produk untuk membuatkan pembeli terliur dengan kekayaan coklat dalam brownie ini (terpulang kepada pilihan designer).

Susun maklumat mengikut contoh packaging dan tinggalkan sedikit ruang di bahagian tepi dan atas untuk mengelakkan daripada terpotong ketika proses printing.


Proses akhir, saya menambah beberapa warna untuk menghidupkan desain ini.


Antara jenis label untuk produk ini:

      

Terima kasih.


Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan