Pops Malaya: Packaging Berkonsepkan Ilustrasi

Jumaat, September 22, 2017


Pops Malaya

Satu jenama untuk popsicle ice cream yang terdapat di Malaysia. Keunikan produk ini terletak pada rasa buahnya dan ramuan yang menggunakan bahan-bahan natural. Terdapat 8 jenis kesemuanya untuk saiz single serve.

Cabaran utama dalam penghasilan design untuk jenama ini adalah untuk mengekalkan idea lama yang telah digunapakai selama 2 tahun lebih. Idea lama pembungkusan Pops Malaya boleh dikategorikan sebagai hipster yang ditargetkan untuk golongan muda mudi. USP untuk produk ini adalah NATURAL, TANPA BAHAN PEWARNA DAN PENGAWET.

Melalui reka bentuk pembungkusan yang baru, pihak kami dapat mengekalkan idea lama yang diberi suatu nafas segar dan baru. Selain itu, ianya turut mencapai customer's expectation di samping memberi satu nilai tambah kepada produk itu sendiri. Malah, reka bentuk design yang baru dapat menarik perhatian golongan sasaran yang mementingkan aspek seni dalam packaging design.

Pembungkusan sebelum (Gambar daripada Facebook Pops Malaya)

Konsep: Ilustrasi Buah-Buahan
Ilustrasi oleh: Nanda Istiqadevi
Warna dan susun atur: Atiyya Azman

Proses

Proses yang terlibat dalam penghasilan packaging design untuk Pops Malaya single serve adalah:
1. Susun atur pada box
2. Lakaran buah-buahan mengikut setiap jenis
3. Warna 
4. Perletakan pada layout
5. Mockup printing

Contoh visual untuk Mango Pistachio:


Visual produk untuk 8 jenis berbeza:


Pendekatan

Berdasarkan pasaran aiskrim di Malaysia yang rata-rata menggunakan gambar produk sebenar sebagai muka hadapan dalam packaging design memberi satu kelebihan kepada jenama Pops Malaya untuk menjadi purple cow dalam industri yang sama. Sekaligus dapat menangkap perhatian golongan sasaran untuk membeli produk ini.

Maklumbalas yang diterima daripada sebahagian golongan sasaran menyatakan mereka membeli produk ini kerana design yang unik dan lain daripada lain.

Kesimpulan

Apakah purple cow anda? Jika sama, buat sesuatu sekarang. Cara mudah menguji produk anda adalah purple cow (dalam kategori packaging design kerana faktor ini yang pembeli nampak dahulu) atau tidak adalah meletakkan produk anda di rak-rak yang terdapat pada supermarket. Dapat dah jawapan? :)

Jika anda mempunyai pendapat lain, boleh lah berkongsi dalam ruangan komen di bawah ini.

Terima kasih.

Nota: Segala tulisan adalah pandangan peribadi penulis sahaja.

You Might Also Like

0 ulasan