Big Why

Jumaat, Julai 28, 2017

Berhenti Menjual 'Apa'
Mula Menjual 'Mengapa'


Sepanjang bertemu pelbagai klien secara bersemuka, sesi yang paling menarik adalah sesi persoalan. Sesi pertanyaan berkaitan produk yang dibuat.

Mengapa mereka memilih produk tersebut? Apa uniknya berbanding produk sama oleh orang lain? Mengapa pelanggan harus memilih produk mereka? Apa yang mereka bantu melalui produk itu?

Sebagai packaging designer, hasrat kami sudah tentulah memberikan design yang mampu memberi suatu nilai yang tinggi. Nilai tinggi di sini bermaksud suatu design yang mendapat kepuasan tiga belah pihak. Siapa? Designer, klien dan pelanggan produk.

Bagaimana kami memilih klien?

Berdasarkan soalan-soalan yang dikemukakan seperti contoh di atas. Daripada jawapan klien, kami boleh mengetahui adakah mereka cukup rapat dengan produk. Usahawan/klien yang 'mengenali' produk mereka dengan rapat lebih mudah untuk bekerjasama dalam penghasilan suatu packaging design. Sebab utamanya adalah mereka sudah mengetahui apa yang mereka inginkan, ke mana 'destinasi' mereka lima atau 10 tahun dari sekarang.

Mula menjual 'mengapa'

Usahawan harus jujur. Jujur pada diri sendiri. Apa niat anda yang SEBENARNYA apabila membuat sesuatu produk. Korek dan cari BIG WHY anda. Niat yang jujur bakal memudahkan urusan anda dari awal sampai hujung.

Big why anda turut boleh menjadi brand story kepada produk. Brand story tersebut boleh ditulis di bahagian belakang packaging produk.

Cara dapatkan 'mengapa'

Mendapatkan 'mengapa' anda mungkin mengambil masa. Diringkaskan seperti di bawah:

1. Apa yang anda cuba bantu kepada masyarakat melalui produk?
2. Mengapa anda percaya produk itu boleh membantu? Bagaimana dengan produk lain?
3. Apa niat anda membuat produk? Apa hasil yang anda inginkan 5 ke 10 tahun dari sekarang?
4. Siapa yang anda ingin bantu sebenarnya melalui produk itu?
5. Untuk siapa anda buat produk itu?

Soalan-soalan di atas adalah sekadar panduan sahaja.


Kesimpulan

Setiap apa yang berlaku dimulai dengan niat. Niat yang jujur pasti akan menghasilkan suatu keputusan yang baik dan memuaskan.

You Might Also Like

0 ulasan