Gambar ihsan Pressfoto / Freepik
PENGENALANMereka adalah pengguna kumpulan umur yang paling pesat berkembang di seluruh dunia. Mereka mempunyai pendapatan yang tinggi, dan kuasa beli yang semakin tinggi. Kumpulan ini mementingkan kualiti serta lebih 'setia' terhadap jenama yang mereka percayai.
Merekalah senior, kumpulan yang berumur 60 tahun dan ke atas (di Malaysia mungkin kumpulan umur 50 tahun sehingga 60 tahun boleh diambil kira). Golongan senior memiliki perspektif kehidupan yang sangat berbeza berbanding dengan golongan muda. Lebih menarik, mereka mempunyai masa yang banyak. Wang juga banyak untuk dibelanjakan pada produk yang disukai!



