Bagaimana Menjimatkan Kos Silinder Untuk Packaging?

Jumaat, Mac 09, 2018

Flexible packaging memerlukan silinder dalam proses penghasilan design yang akan diprint di atas plastik tersebut. Setiap silinder akan menghasilkan satu jenis warna sahaja. Banyak warna yang digunakan maka akan banyak silinder yang diperlukan.

Kebiasaan, silinder yang melebihi 3 warna akan menjadikan jumlah minimum order bertambah. Bagi usahawan yang baru bermula, kos ini akan menjadi tinggi untuk peringkat permulaan walaupun jika dilihat daripada perspektif lain, kos untuk plastik tersebut mampu mencecah bawah *RM0.30 untuk setiap satu.

*Bergantung kepada saiz, jenis material dan jumlah silinder

Jadi, bagaimana mahu menjimatkan kos silinder?

GUNA 3 WARNA SAHAJA.

Cantik ke guna 3 warna sahaja? Bergantung kepada kemahiran packaging designer anda dalam menghasilkan design yang menarik dan mampu menggoda pengguna untuk membeli produk tersebut.

KES STUDI

Brand: Twelve Ounces
Produk: Milkbooster Artisan Bars
Jenis Packaging: Stand Pouch with Ziplock
Material: Matt



Untuk produk Twelve Ounces di atas, design hanya menggunakan 3 silinder sahaja.

Silinder Warna
1. Magenta
2. Teal
3. White

Bagaimana jika mempunyai banyak SKU/variati?

Produk Twelve Ounces adalah contoh yang baik untuk dipelajari. Untuk produk Milkbooster Artisan Bars ini, jenama ini mempunyai 3 perisa lain iaitu Molasses Oats, Very Berry Blast dan Double Choc Chunkie.

Melalui penghasilan packaging design yang sama, design ini membolehkan pek yang sama digunakan untuk 3 perisa yang berbeza.

Caranya adalah dengan menghasilkan packaging design yang telah meletakkan ruang yang khusus untuk tampalan sticker.

Warna kuning, biru dan hijau pada contoh di atas adalah menggunakan tampalan sticker apabila pek sudah siap diprinting.

Secara tidak langsung, kos untuk packaging produk ini dapat dikongsi dan digunakan pada ketiga-tiga SKU. Malah, mampu untuk menjimatkan kos packaging daripada print untuk setiap satu jenis perisa.

Kesimpulan

Usahawan yang baru bermula seharusnya mendapatkan khidmat nasihat daripada packaging designer yang berpengalaman dalam menghasilkan packaging design untuk produk anda. Apa yang paling penting, kos packaging dapat dikurangkan melalui cara dan kaedah yang betul apabila anda tahu.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer
Crafting Packaging That Sells

You Might Also Like

1 ulasan