Pembungkusan ialah suatu medium yang unik. Sebahagian besar interaksi penjenamaan berlaku dalam ruang dua dimensi seperti billboard, skrin, atau sehelai kertas. Interaksi pembungkusan/packaging berlaku dalam ruang tiga dimensi. seperti sentuhan atau bau. Kelebihan ini memberikan satu potensi yang sangat besar kepada konteks pembungkusan itu sendiri jika dibandingkan dengan medium yang lain.
Adalah suatu perkara yang sangat-sangat PENTING untuk sesuatu jenama itu untuk mengekalkan konsistensi bukan sahaja kepada pembungkusan, malah kepada bagaimana pembungkusan itu ditonjolkan di rak-rak supermarket ataupun di mana ianya ditonjolkan.
Sebagai contoh, pengguna anda akan berharap untuk melihat design yang sama diaplikasikan di rak-rak ataupun di tempat di mana packaging itu diletakkan. Begitu juga dengan laman web. Pengguna berharap untuk melihat susun atur, warna, design yang sama di laman web seperti yang terdapat di pembungkusan yang telah direka bentuk dengan sangat menarik.
Mungkin perkara ini anda melihat sebagai suatu perkara yang kecil. Konsistensi yang tidak selari boleh menimbulkan kekeliruan dan kekecewaan kepada pengguna. Sekaligus faktor brand loyalty tidak berjaya disemai dalam hati mereka.
Apa tujuannya konsistensi dalam penjenamaan?
Membina kepercayaan.Ada satu doktor memberitahu cara untuk mengajar anak kecil makan sayur dengan cara yang sangat mudah walaupun anak itu tidak suka kepada sayur-sayuran.
Caranya mudah sangat. Semasa di meja makan, cuma letakkan sayuran itu di atas meja. Tidak perlu suruh dia makan. Anda dan pasangan sahaja yang makan sambil memuji kesedapan sayuran tersebut. Lakukan selama beberapa hari sehingga anak kecil itu sudah biasa melihat sayuran yang dihidangkan.
Lama kelamaan, akan timbul perasaan ingin tahu kepada anak kecil itu terhadap sayuran dan ingin mencubanya.
Apa kaitannya dengan konsistensi?
Konsistensi berfungsi untuk meninggalkan kesan visual yang kuat dalam minda pengguna. Jika anda tidak mengaplikasikan konsistensi dalam produk, packaging dan collateral yang lain, rugilah.Ada sebarang komen?