Kami membantu anda mendapatkan packaging yang berkualiti dengan serendah 25k MOQ (Bergantung kepada saiz dan warna).
Hubungi 019-450 8490 untuk mendapatkan konsultasi dan maklumat lanjut.
Saya ditugaskan untuk mendesain label packaging untuk produk sambal segera.
Gambar di atas adalah bekas yang akan digunakan.
Sudah pastilah saya inginkan desain yang bertaraf antarabangsa dan hebat. Cabaran yang saya hadapi sekarang ini ialah bagaimana ingin menghubungkan kekuatan produk, bekas yang digunakan dan label yang akan dibuat. Sama-sama kita nantikan desain yang bakal dihasilkan.
Beberapa desain yang berjaya mencuri perhatian saya:
Sumber daripada Google.
UPDATE: Anda boleh lihat desain yang telah dihasilkan DI SINI.
Pengalaman saya sebagai packaging designer, kebanyakan usahawan memilih nama jenama yang tidak bertaraf antarabangsa.
Jadi, saya sudah simpulkan 5 panduan memilih nama jenama di dalam sebuah mini ebook yang dihasilkan oleh saya sendiri. Milikinya sekarang secara PERCUMA khas untuk para usahawan.
Anda boleh memilikinya dengan klik pada gambar di bawah.
Moga ianya memberi 1001 manfaat kepada anda dan mereka yang memerlukannya.
Terima kasih.
Atiyya Azman
Your Packaging Designer
Packaging
Sebelum memulakan proses desain label/packaging, terlebih dahulu saya akan membuat kajian di beberapa Hypermarket/Supermarket untuk melihat trend semasa sesuatu desain packaging. Proses ini amat penting memandangkan saya inginkan sesuatu desain tersebut bertaraf antarabangsa dan tidak dilihat sebagai produk dari Malaysia.
Jenama: Brimm Brounee™
Produk: Brownie, sejenis makanan pencuci mulut.
Nama
Sebelum mendapat nama Brimm Brounee™, nama jenama asal ini ialah Simplee Brownies. Memandangkan nama Simplee tidak boleh diterima di MyIPO, klien terpaksa mencari nama baru.