Buat Produk: Apa Dulu Yang Saya Perlu Lakukan?

Jumaat, Disember 01, 2017

Semakin ramai pengguna yang ingin membuat produk sendiri. Tidak kisah sama ada mengeluarkan sendiri atau pun secara OEM. Perkara yang penting adalah bagaimana anda memasarkan produk tersebut kepada pelanggan.

Berikut adalah langkah-langkah permulaan jika anda berhajat untuk membuat sesuatu produk.

1. Kenalpasti masalah sasaran pasaran

Sebelum bercita-cita menjadi jutawan dengan produk yang akan anda keluarkan, fikir dan analisa apa masalah yang anda cuba selesaikan melalui produk tersebut.

Gambar dari http://venturefactory.in

Adakah untuk mengatasi masalah jerawat jika ianya adalah produk kesihatan?
Menawarkan kandungan berkhasiat dalam produk kek/biskut contohnya?
Memberi rasa manis tapi masih sihat untuk produk gula contohnya?

Daripada masalah itu terbitlah peluang. Kenalpasti sesuatu masalah memudahkan anda mengetahui siapa sasaran pelanggan anda untuk masa akan datang.

2. Jual produk orang lain

Setelah itu, jika yang baru berjinak dengan dunia perniagaan, anda dinasihatkan untuk menjual dahulu produk orang lain sehingga anda sudah mendapat pengalaman berguna.

Gambar dari https://www.goodspender.com.au/contents/sellwithus

Pengalaman itu nanti boleh diaplikasikan ketika membuat produk sendiri nanti. Malah, anda sudah mempunyai beberapa kelebihan seperti sudah ada sasaran pelanggan sedia ada. Lagi memudahkan kerja anda kan.


3. Cari ramuan

Anda boleh menghasilkan ramuan sendiri yang dianalisa oleh makmal bertauliah ataupun langkah yang senang adalah mencari kilang OEM. Pelbagai kilang OEM daripada pelbagai industri sudah sedia ada menunggu kedatangan anda untuk membuat produk.

Gambar dari http://supermarketnews.co.nz/a-look-into-the-future-of-beauty-packaging-2/

Dinasihatkan mencari pengilangan yang sudah mempunyai sijil berkaitan seperti:
HACCP, HALAL, GMP, MESTI, SGS, ISO.

4. Packaging design

Packaging design memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan jualan untuk produk. Apa yang anda perlu tentukan sebelum membuat pemilihan untuk sesuatu packaging design?


a. Medium pembungkusan

Apa produk yang ingin dibuat tadi? Daripada situ tentukan packaging yang ingin digunakan sama ada kotak, plastik, fleksibel plastik dan lain-lain. Salah satu cara untuk tentukan medium pembungkusan adalah dengan mengetahui siapa sebenarnya sasaran pelanggan anda dan di mana segmen pasarannya.

b. Halatuju design

Setelah anda sudah mengenal pasti siapa sasaran pelanggan dan segmennya, barulah mudah untuk designer menghasilkan suatu design yang menepati citarasa anda. Malah, ia memudahkan kerja antara dua belah pihak.

c. Tempoh masa

Anda perlu mengurus masa dengan baik. Tentukan tarikh untuk pelancaran produk terbaru itu. Daripada situ, anda sudah boleh memberi tempoh masa untuk setiap langkah-langkah di atas. Secara kebiasaannya:

Packaging design - Tempoh masa sehingga 1 bulan.
Printing - Tempoh masa 1 bulan untuk kotak dan 2 bulan untuk pembungkusan plastik/fleksibel plastik.
Persediaan stok - Bergantung kepada jenis produk. Minimum mungkin 1 minggu.

Pihak kami selalunya akan memberi khidmat perundingan bagaimana sesuatu design itu boleh membantu meningkatkan jualan anda dengan taktik dan strategi yang berkesan di samping boleh menjimatkan kos dalam masa yang sama.

5. Sistem jualan

Di mana produk anda akan dijual? Adakah melalui sistem runcit, online ataupun melalui sistem ejen?  Membuat persediaan rapi dengan lebih awal memberi keyakinan kepada anda untuk memasarkan produk dengan masalah yang minimal.

Gambar dari https://www.howwemadeitinafrica.com/africas-fmcg-industry-navigating-opportunity-uncertainty/

Kesimpulan

Sebelum melakukan apa-apa langkah, dapatkan pengetahuan terlebih dahulu untuk mengurangkan masalah yang akan menimpa kelak. Sekurang-kurangnya, anda sudah bersedia, kan?

You Might Also Like

0 ulasan