Cap Dagangan: Boleh dan Tidak

Isnin, Jun 05, 2017

Apa itu Cap Dagangan?

Definisi


Seksyen 3, Akta Cap Dagangan 1976

 “.........bermaksud suatu cap yang digunakan atau dicadangkan untuk digunakan berhubung dengan barang-barang atau perkhidmatan bagi maksud menunjukkan atau supaya menunjukkan suatu hubungan dalam perjalanan perdagangan di antara barang-barang atau perkhidmatan itu dengan seorang yang berhak sama ada sebagai tuan punya atau sebagai pengguna berdaftar bagi menggunakan cap itu ........... .”

Cap Dagangan Secara Ringkas

Cap dagangan boleh terdiri daripada perkataan, logo, gambar, nama, huruf, nombor atau kombinasi daripada unsur-unsur tersebut. 

Cap dagangan merupakan alat pemasaran yang membolehkan pengguna membuat pilihan barangan/ perkhidmatan yang dipasarkan. 

Cap dagangan lebih dikenali sebagai tanda, jenama, logo atau tanda niaga yang diletakkan pada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh seseorang pengeluar untuk mengenal dan membezakannya daripada barangan atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Cap Dagangan yang Boleh Didaftarkan [Seksyen 10, Akta Cap Dagangan 1976]

Seksyen 10(1)(a)

Nama seorang perseorangan, syarikat atau firma yang dinyatakan dengan suatu cara khas atau tertentu; 

contoh:

Seksyen 10(1)(b)

Tandatangan pemohon pendaftaran atau tanda-tanda seseorang peniaga sebelumnya dalam perniagaannya;

contoh:

Seksyen 10(1)(c)

Suatu atau beberapa perkataan yang dicipta; 

contoh: 

KODAK - Filem/ Kamera 
COLGATE - Ubat gigi
HORLICKS - Minuman 
MAGGI - Makanan 
ADIDAS - Kasut/ Pakaian sukan

Seksyen 10(1)(d)

Suatu perkataan yang tiada mempunyai apa-apa hubungan yang langsung dengan sifat atau kualiti barangan atau perkhidmatan itu, iaitu perkataan yang mengikut ertinya yang biasa bukan suatu nama berasalkan tempat atau suatu nama keluarga;

contoh: 

Seksyen 10(1)(e)

Apa-apa tanda distinktif yang lain;

contoh: 

Cap Dagangan yang Tidak Boleh Didaftarkan

Cap Dagangan tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi yang dilarang di bawah Seksyen 15, Akta Cap Dagangan 1976 dan Peraturan 13, 14 dan 15 Peraturan- Peraturan Cap Dagangan 1997, antaranya ialah:

1. Paten, Telah Dipatenkan, Surat Paten Diraja, Berdaftar, Rekabentuk Berdaftar dan Hakcipta;
2. DYMM Yang Dipertuan Agong, DYMM Permaisuri Agong, DYMM Sultan-Sultan dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri
3. Mahkota atau Lambang Diraja atau Imperial, Lencana, Lambang Kebangsawanan atau Lambang Kebesaran
4. Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia
5. Bulan Sabit Merah Dan Palang Geneva Yang Berwarna Merah dan Palang Persekutuan Swiss Yang Berwarna Putih atau Perak Yang Berlatarkan Warna Merah
6. Perkataan atau representasi ASEAN dan Bunga Raya
7. Suatu representasi nama, lambang, bendera mana-mana organisasi antarabangsa, negeri, bandaraya, pertubuhan dan perbadanan (6ters – Konvensyen Paris)

Cap Dagangan juga tidak boleh didaftarkan jika mengandungi apa-apa perkataan atau representasi merujuk kepada kualiti, karakter barangan.

contoh:

SOFTLY untuk barangan sabun (merujuk kepada kualiti barangan)
SODAP untuk makanan (merujuk kepada kualiti produk)

Cap Dagangan yang Dilarang Pendaftarannya [Seksyen 14 Akta Cap Dagangan 1976]

Seksyen 14(1)(a)

Jika penggunaannya memperdayakan atau menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai atau akan berlawanan dengan undang-undang.

Seksyen 14(1)(b)

Jika ia mengandungi atau terdiri dari apa-apa perkara skandal atau menyinggung atau pun tidak berhak mendapat perlindungan di bawah undang-undang.

Seksyen 14(1)(c)

Jika ia mengandungi perkara yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan atau keselamatan negara.


Seksyen 14(1)(d)

Jika cap itu serupa atau hampir-hampir menyerupai suatu cap yang terkenal di Malaysia bagi barangan atau perkhidmatan yang sama dengan barangan dan perkhidmatan seorang tuan punya lain.

Seksyen 14(1)(e)

Jika cap itu serupa atau hampir-hampir menyerupai suatu cap yang terkenal di Malaysia bagi barangan atau perkhidmatan yang tidak sama dengan barangan dan perkhidmatan seorang tuan punya lain.

Seksyen 14(1)(f)

Jika cap itu mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi berkenaan dengan barangan yang tidak berasal dari wilayah yang ditunjukkan, jika penggunaan petunjuk dalam cap itu bagi barangan itu di Malaysia adalah sedemikian rupa sehingga mengelirukan orang ramai tentang tempat asal sebenar barangan itu.

Seksyen 14(1)(g)

Jika cap itu ialah cap bagi wain yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang mengenal pasti wain, atau ialah cap bagi spirit yang mengandungi atau terdiri daripada petunjuk geografi yang mengenal pasti spirit, yang tidak berasal dari tempat yang ditunjukkan oleh petunjuk geografi yang berkenaan.



*Sedutan artikel diambil daripada Siri Penerbitan Sistem Cap Dagangan di Malaysia oleh MyIPO.

Sekian, terima kasih.

You Might Also Like

0 ulasan