Idea: Macanis

Sabtu, Januari 02, 2016

Klien: Cahaya Elynna Enterprise
Produk: Sambal Bilis Cili Padi


Ketika mula-mula mencuba produk sambal bilis cili padi ini, rasanya agak pedas tetapi selepas beberapa minit kepedasan itu akan hilang. Sesuai untuk dimakan dengan nasi putih bersama telur dadar atau pun dijadikan sebagai sambal nasi lemak.

Produk ini dijenamakan sebagai 'Sambalicious'. Apabila saya membuat carian di Google, ternyata sudah banyak usahawan yang menggunakan nama ini sebagai jenama produk mereka. Nama-nama sebegini perlulah dielak daripada menggunakannya.



Nama Baru

Sebelum saya membantu usahawan mencari nama baru, saya bertanya apakah keunikan dan keistimewaan produk sambal ini berbanding dengan sambal sedia ada di pasaran.

Katanya,

"Ramuan sambal ini digaul tanpa hancur sehingga sebatian menjadi sempurna. Sambal bilis cili padi sedia dimakan begitu sahaja. Sempurna sebagai lauk tambahan kepada nasi, mee atau pun sebagai sambal nasi lemak."

Daripada jawapan beliau, saya rumuskan kepada 2 point iaitu:
1. Digaul tanpa hancur.
2. Sebatian menjadi sempurna.

Jadi, saya rumuskan kekuatan dan keunikan produk beliau adalah terletak kepada sebatiannya.

Saya tukarkan perkataan sebati kepada beberapa bahasa. Contoh:
English: Smooth
French: Lisse
German: Glatt
Filipino: Makinis
Italian: Liscio

Klien bersetuju dengan nama Makinis. Untuk lebih menyedapkan nama 'Makinis', saya menukar kepada nama 'Macanis' yang mengambil maksud asal iaitu 'sebati'.

Lakaran Logo Asal

Kekuatan produk terletak pada ikan bilis. Struktur ikan diambil.

Struktur ikan bilis pada huruf 'M'.

Logo Akhir
                                                                                Lakaran logo dalam hitam putih.
    
Lakaran logo dalam warna termasuk lining.




Label Baru
Label akhir produk Macanis.

Walau bagaimanapun, para usahawan tidak boleh bergantung kepada kekuatan label/packaging semata-mata. Jualan dan pemasaran perlulah kuat seiring dengan kekuatan packaging. Moga bermanfaat kepada para pembaca.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan