Brand Positioning

Rabu, Disember 16, 2015

Berkesempatan menghadiri seminar Turbocharge Mini: Brand Awareness yang dianjurkan oleh Brand Geeks Inc bersama Technology Park Malaysia di TPM pada 15 Disember 2015.

Seminar ini dikendalikan oleh Tuan Silmyi M. Sidek.

Antara perkara yang diketengahkan ialah brand positioning. Brand positioning dalam erti kata mudah ialah posisi unik produk anda. Ia juga merupakan akar umbi kepada brand anda sebelum anda membuat apa-apa desain. Jika anda tersilap langkah dalam memposisikan produk anda, banyak kos terlibat yang boleh memakan bajet kewangan untuk produk.

Gambar diambil daripada FB Brand Geeks INC


Brand positioning membantu anda membezakan produk anda dengan pesaing. Langkah ini sangat 'power' untuk membenamkan jenama/brand anda dalam minda pelanggan supaya ianya mendapat tangga yang pertama.

Jika anda berminat untuk berbicara mengenai brand positioning secara santai, jom layan minum kopi bersama saya. Cheers!

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan