5 Tips Memilih Designer

Selasa, November 17, 2015

Rata-rata para usahawan yang saya jumpa mengeluh kerana mereka terpaksa mengeluarkan kos yang rendah pada mulanya tetapi semakin meningkat akibat tidak berpuas hati dengan desain yang diberikan oleh designer yang mereka pilih.

Mengapa perkara ini terjadi? Siapa yang harus dipersalahkan? Designer atau usahawan itu sendiri? Berdasarkan pengalaman, saya rumuskan 5 tips dalam memilih designer yang menepati kehendak piawaian para usahawan itu sendiri.

5 Tips Memilih Designer



1. ILMU
Designer boleh menasihati anda apa yang anda tidak tahu daripada segi desain ataupun penjenamaan. Memandangkan packaging yang bakal anda buat adalah salah satu segi penjenamaan, maka seorang designer yang berketrampilan harus mempunyai ilmu penjenamaan. Sekadar ilmu asas sudah memadai.

2. MEMAHAMI 
Mereka boleh berjumpa dengan anda secara bersemuka. Designer yang baik akan cuba untuk memahami apa yang anda mahu dan sedikit pengetahuan berkenaan industri yang anda sedang usahakan. Perjumpaan secara berdepan adalah lebih baik daripada bercakap dalam telefon di samping dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara anda dan designer.

3. AMBIL TAHU
Designer wajib mengambil tahu fakta tentang produk yang anda sedang usahakan. Bagaimana mahu mendesain produk jika mereka masih asing dan tidak mengambil tahu tentang produk yang anda usahakan.

4. TEPATI MASA
Lihat kepada perkara kecil. Cari designer yang berpegang dengan masa. Jika pertemuan yang dijanjikan pun sudah lewat datang, anda boleh jangka perkara yang sama akan berlaku kepada waktu masa untuk desain yang akan dihasilkan. Kadang-kadang, sesuatu perkara kecil boleh menunjukkan sifat sebenar seseorang.

5. TEKNIKAL
Untuk menghasilkan desain packaging, kebanyakan tempat printing memerlukan fail desain dalam format yang betul. Pastikan designer anda tahu untuk menghasilkan desain dalam format tersebut.

Tips ini adalah berdasarkan pengalaman saya berurusan dengan para usahawan. Mungkin ianya benar dan mungkin ianya tidak. Terpulang kepada anda sendiri. Designer packaging boleh diumpamakan sebagai konsultan. Mereka perlu dan patut menasihati anda dalam perkara yang anda tidak tahu.

Terima kasih.

Atiyya Azman
Your Packaging Designer

You Might Also Like

0 ulasan