Berikut adalah senarai makmal-makmal swasta yang diktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjalankan analisis makanan bagi tujuan pengeluaran SIJIL KESIHATAN sebagai panduan kepada pihak industri makanan.
Sila ambil perhatian, senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Bagi mendapatkan paparan penuh skop perkhidmatan analisis makmal swasta yang diiktiraf oleh KKM, sila semak melalui Direktori makmal yang diakredit mengikut No SAMM yang dipaparkan di laman web Jabatan Standard Malaysia.