Saya berpeluang berjumpa dengan Tuan Fazli Hisahak, pengedar utama produk Little Trees di Malaysia pada 2 September 2015. Tuan Fazli terkenal dengan pengkhususan kepada ilmu branding atau penjenamaan.
Pertemuan ini adalah secara tidak sengaja kerana saya sedang membina logo dan packaging untuk seorang klien. Bagi mendapatkan penjenamaan produk yang betul-betul tepat, klien membawa saya berjumpa dengan Tuan Fazli bagi memantapkan lagi idea desain yang selari dengan disiplin ilmu branding.
Foto diambil daripada FB Tuan Fazli.
Antara perkongsian Tuan Fazli kepada saya ialah:
1. Tahu apa itu main brand.
2. Fahami sub brand.
3. Bezakan main brand dan sub brand melalui font yang sesuai.
4. Designer tidak perlu terikat dengan sesuatu konsep pada desain.
5. Ada elemen tertentu yang memerlukan kita keluar daripada konsep sesuatu desain supaya ianya lebih menyerlah.
6. Setiap desain yang dihasilkan, print dan lekatkan di dinding. Apa yang dilihat secara visual mungkin berbeza setelah diprint.
Disarankan setiap designer mempelajari ilmu branding supaya desain yang dihasilkan selaras dan menepati konsep serta peraturan penjenamaan.
Malah, para designer dapat memberi idea secara tidak langsung kepada bakal klien kerana tidak semua klien tahu apa yang mereka inginkan. Didik dan fahamkan klien.
Terima kasih.
Atiyya Azman
Your Packaging Designer